Pagi ini, saya dan rakan guru turut menghadiri ceramah, bersama-sama anak didik, yang disampaikan oleh seorang rakan guru berkaitan dengan Ekonomi STPM. Ada banyak perkara baru yang berjaya dikongsi. Antaranya bagaimana menyediakan jawapan esei pendek dan esei panjang yang boleh diterima oleh pemeriksa dan mana yang tidak (markah sifar). Selain itu penceramah juga menegaskan pentingnya teknik menjawab yang betul.
Setiap sesi ceramah akan diakhiri dengan perbincangan 2 soalan bagi mikroekonomi dan 1 soalan makro.
Sebagai gurupun, saya mendapat beberapa input atau tips baru yang diyakini boleh membantu pelajar mendapatkan keputusan yang memberangsangkan. Pastinya pelajar-pelajar juga dapat menghayati dan mengingati isi ceramah tadi.
assalamualaikum…..boleh saya tahu macamana nak menghadiri ceramah teknik menanda kertas makroekonomi tu?
guru baru….makro
Norliza,
Sebenarnya ceramah yang dimaksudkan di atas dianjurkan oleh pihak sekolah sendiri dengan menjemput mana-mana individu berpengalaman dari kalangan guru atau bekas guru (yang kini bekerja di pejabat pelajaran) yang sedang atau telah mengajar Tingkatan 6 dan/atau pemeriksa kertas. Dalam kes subjek ekonomi, kami bertuah kerana mendapat input dari seorang guru berpengalaman dari SM La Salle yang sanggup menerima jemputan sekolah kami.
Nasihat saya ialah supay Cg Norliza berbincang dengan guru penyelaras Tingkatan enam supaya menganjurkan kursus sedemikian rupa. Difahamkan lebih ramai guru di Semenanjung yang lebih HEBAT yang boleh dihubungi.