Tips Menjawab Mikroekonomi STPM

Sifu dah kemas kini kategori di atas dengan panduan dan komen sifu berkaitan esei panjang. Harap maklum.

47 Comments

  1. 1
    siti noor safizah Says:

    sekarang dah dekat stpm, namun saya belum tahu lagi tentang ekonomi ini dgn lebih mdalam. markah yg saya perolehi setakat nyawa2 ikan jak. tak pernah lulus dalam subjek ini. ntahlah saya tak tahu di mana kelemahan saya. saya takut2 saya tak dapat lulus pula,huhuhuhu

  2. 2
    sifu2b Says:

    Siti Noor Safizah,
    Awak bukanlah satu satunya individu yang lemah dalam Ekonomi. So tak boleh menyesal atau rasa kegagalan terlalu awal. Ramai pelajar yang lemah akhirnya berjaya bangkit atas pelbagai alasan: terdesak, nak sangat, terpaksa, atau apa sahaja alasan yang memungkinkan mereka memperoleh gred C ke atas.

    Dalam kes awak, kenali kekuatan awak, bab mana yang awak boleh kuasai dan bab mana yang tidak. Lepas tu bab yang kuat itu adakah bab favorite atau tidak, dan manakah bab yang awak lemah itu favorite dan tidak. Fokus kepada bab-bab yang paling berpotensi akan ditanya, dengan itu beban belajar dapat dikurangkan.

    Dalam peperiksaan, mesti beratkan kepada soalan Objektif. Jika awak dapat jawab 20 betul dah okay dah tu. Kemudian soalan kuantitatif. Belajar hanya soalan-soalan favorite. Jika dapat jawab 1 soalan kuantitatif dengan sempurna , dah dapat 10 markah. 20 + 10 dah dapat 30 markah. Lepas tu bahagian B, pilih soalan dari bab-bab popular. Jika dapat jawab 5 dengan baik dah dapat 30 markah. 20 + 10 + 30 dah dapat 60 markah. Akhir sekali bahagian C, daripada 2 soalan, jika dapat jawab 1 soalan pun. Itu saja dah menjadikan markah awak 70 markah, dan memungkinkan awak memperoleh gred B atau B+. Percaya atau tidak terserah pada awak, tetapi ingat awak mesti kejar KUALITI jawapan , mahirkan kepada penulisan esei. Masalah pelajar bukannya tidak ada pengetahuan tetapi gaya penulisan esei itu terlalu tersasar sehinggakan apa yang disoal tidak dijawab dengan baik.

    Umpama soalan ini, “Apakah jenis lauk yang awak makan tengah hari tadi.” Bayangkan jika pelajar jawab seperti ini,
    Semalam saya makan nasi kerabu, dan juga mee goreng. Saya juga minum nescafe. Lepas tengah hari saya minum teh sahaja. tapi hari ini tak tahu apa nak makan tengah hari.”

    Adakah jawapan itu menjawab soalan yang sifu tanya?

  3. 3
    ero Says:

    ohh man.. stpm is coming..i mean next week. i think that i’m going to fail. i said that bcoz i can feel it. my speculation is always right. i’d test my self doing all the test papers..but i still can’t do it. i know where’s my mistake. but i can’t fix it. sifu, help me. immediately.

  4. 4
    ero Says:

    what i think right now..is…my result will disappoint me badly. we will see… this is another prediction. i tell you the truth. i love my g.f. so much. and she study in matriculation kedah. well i live in perlis.. her origin place is kelantan. she came here in a few months ago. maybe june. so, what do you think about her rank..between my rank? or status? she’s clever than me. meanwhile i’m.., (think yourself). my question is. . . do i must loss of contact with her? or break off my relationship??

  5. 6
    laila Says:

    sya selalu mengharap kptusan eko sya dalam setiap ujian mndapat gred A..TAPI setiap kali ujian sya tk penah dapat “A” …SYA RISAU

  6. 7
    ann Says:

    sya akn mhadapi test mgu dpan utk sem 1 dip.acc…tapi sys mc kurang faham tntang mikro…sya x tau cara paling berkesan mmahami mikro….

  7. 8
    sifu2b Says:

    Ann, memahami utk tempoh kurang seminggu adalah DILUAR kudrat sifu. Apa yang Ann perlukan adalah guru terhebat atau motivator terhebat.

    Maafkan sifu, sebab tak dapat nak tolong dalam hal ini.

    Namun sifu boleh beri sedikit tip survival exam dlm U.
    1. Kenalpasti topik yang akan ditanya, kebanyak pensyarah akan maklumkan apakah topik yang ditanya.
    2. Kertas mikroeko utk diploma. account tidaklah sukar sangat. Selalunya pensyarah suka tanya bahagian yang banyak kiraan dan juga keluk, betul tak. So fokus ke bahgian itu.
    3. Cari set soalan di redspot di library awak (kalau ada). Tapi sememangnya tak boleh harap sangat kerana kebanyakan pensyarah tidak sediakan soalan dalam red-spot, tapi ada juga yang ada. So tak salah cuba dulu.
    4. Cari maklumat langsung dari pensyarah tanya dia. berapa soalan yang akan ditanya-objektif ke subjektif. Ni kat U ni begitulah, pensyarah sendiri yang sediakan soalan. Tak macam STPM yang mana soalan disediakan oleh pihak MPM secara eksklusif utk seluruh negara.

  8. 9
    naqiah Says:

    sy menghadapi mslh ketika menjawab soalan mikroekonomi

  9. 10
    naqiah Says:

    bg sy bab mengira ni merupakn salah satu penyebab yang menyebabkan sy tak dapat skor markah dlm subjek ini.

    • 11
      sifu2b Says:

      Naqiah,
      baguslah awak dah mengenali sebahagian dari kelemahan awak. Dengan itu, baiki sekarang sebelum terlambat. Namun begitu, saya percaya bahawa naqiah juga boleh baiki sekali kebolehan naqiah menulis jawapan dengan berkualiti. Soalan pengiraan sebenarnya tidak lebih daripada 15% daripada bilangan soalan. 60% adalah soalan melibatkan kefahaman dan pengetahuan. 10% berfokus kepada rajah dan graf, dan 5% lagi soalan campuran, gabungan graf dan kiraan. Itulah realiti kertas mikro.

      maka utk peroleh B+, pelajar masih boleh mencapainya jika kemahiran dan kualiti jawapan esei pendek dan panjang sehingga memperoleh markah penuh. bayangkan jika dalam bahagian B, anda dapat jawap 5 soalan dan peroleh 6 markah kerana kualiti jawapan, anda sudahpun mengumpul 30 markah. dari bahagian C, jika tak nak mengira, awak pilih soalan melibatkan esei panjang sahaja, dan berjaya dapat 20 markah. Jika anda masih malas dan nak abaikan bahagian D (tapi rugilah kerana soalan D sebenarnya TIDAK SUSAH, PERCAYALAH), maka Naqiah mesti bergantung kepada jawapan betul dalam bahagian A. Jika dapat 15 jawapan betul dari 30 soalan objektif, berapakah markah keseluruhan Naqiah? 15 + 30 + 20 = 65 markah. Ya, markah sebegitu tak mustahil terjatuh dalam gred B+ atau A-, takpun jatuh ke B yang mana masih bernilai tinggi.

      nasihat sifu, atur strategi belajar. Mungkin ada baiknya Naqiah baca sekurang-kurangnya sekali nasihat sifu dalam berkaitan bagaimana nak merancang kejayaan dalam Mikroekonomi. Tak dapat banyak, dapat sikit pun jadilah.

  10. 12
    june Says:

    cmna nk timbulkan rasa minat nk stdy mikro???
    i hate mikro…..

    • 13
      sifu2b Says:

      June,
      Laa, kalau dah benci Mikro tu, malaslah sifu nak pujuk. pandailah june ubah dulu perasaan dari benci tu kepada minat. Selagi benci maka selagi itu TEMBOK EMOSI amat kukuh sehinggakan belajar mikro yang senang ini pun menjadi susah.

      Hate… Patutkah anda isytiharkannya di sini?

  11. 14
    rey Says:

    15% (pengiraan) + 60% (kefahaman & pengetahuan) + 10% (berfokus rajah & graf) + 5% (campuran, gabungan graf & kiraan) = 90%

    10% soalan berbentu apa sifu?…

  12. 15
    sifu2b Says:

    Rey,
    Lupa nak tanya, awak ni student ke guru? Mesti guru ni.

    Setakat ingatan sayalah, 10% adalah dalam konteks analisis yang terdapat dalam bahagian C dan/atau D bercampur-campur dalam soalan.

    Tapi mungkin juga saya silap hitung.
    Maafkan saya jika tersilap bagi nasihat.

  13. 16
    rey Says:

    TQ sifu…

    iya,saya guru…bru dlm bidang keguruan & baru juga diminta oleh pihak sekolah utk mengajar subjek mikroekonomi…

    sedang mencari2 ilmu mengajar la kunu ni…

  14. 17
    anisa Says:

    soalan apa yang popular…solan apa yang disoala selalu..

  15. 18
    anisa Says:

    sifu please help me..soalan apa yang disoal selalu @ yang popular.. please.. and boleh terangkan saya tentang keluk kemungkinan pengeluaran.please,saya tak faham tentang tajuk tersebut..

  16. 19
    sifu2b Says:

    Anisa,
    Soalan popular sukar utk sifu nyatakan, tetapi bab popular mudah sikit utk ditaip di sini.
    1. Permintaan dan penawaran (akan juga dikaitkan dengan keanjalan permintaan dan penawaran-satu pakejlah katakan)

    2. Teori pengeluaran membabitkan PPS dan PPM.

    Tanpa 2 benda ni, pelajar tak boleh dianggap mahir mikro. Dua benda ni bezakan Mikro dan makro pun.

    Okay, sekarang ni bab-bak juga popular dan perlu ambil perhatian.
    1. Teori pengguna
    Antara perkara yang diuji ialah tentang KESEIMBANGAN PENGGUNA – 1 barang dan/atau lebih barang

    Sifu percaya jika anda kuasai 3 perkara ni, tiada alasan utk tidak dapat B- ke atas dalam Mikro.

    tapi ingat kuasai bukannya mengetahui semata-mata. Mahirkan menulis esei dan penyediaan keluk. Bagaimana nak mula. Sifu sarankan awak dapatkan buku lama Longman Pearson, Question and Answer STPM Ekonomi. Baca Soalan STPM sebenar, baca jawapan cadangan yang penerbit sediakan dan lepas tu cuba duplikasi jawapan itu. Itu antara teknik yang boleh membantu mempertingkatkan kualiti penulisan esei, mungkin 10-20% perubahan ktara boleh diperolehi dalam 10 jam pertama. Itu pun jika awak meniru dengan hati dan perasaan positif, bukannya ‘heilah, bosanlah belajar mikro’. Kalau macam tu, tingkah laku belajar negatif, hanya profesor ekonomi jelah yang boleh ajar awak, soal awak dan dia sendiri periksa jawapan awak utk markah.

    Ingatlah STPM adalah utk pelajar Pra-U atau lebih tepat lagi pra-ijazah. Silibus ekonomi sengaja macam tu, soalan stpm ekonomi sengaja macam tu, supaya kualiti graduan ijazah bidang ekonomi atau berkaitannya dengannnya yang belajar di IPT malaysia tidak mudah dipertikaikan. Tetapi, itu semata-mata pandangan peribadi sifulah.

  17. 20
    farah Says:

    salam sifu..
    sy nk repeat semule stpm ni…
    sya mik sume subjek…
    ape advise utk sy sifu…

    • 21
      sifu2b Says:

      Farah_ifara_girls,
      kalau nak repeat STPM, sifu cadangkan awak ambil subjek dulu juga. Alasannya:
      1. awak dah pernah belajar dan ikuti kelas subjek-subjek itu -sepatutnya membantu awak cepat ingat bila belajar balik.
      2. Awak dah pernah duduki exam STPM utk paper berkaitan, maka dah ada pengalaman.
      3. Subjek baru tak best.

  18. 22
    farah Says:

    yup, memang sy repeat STPM sbjk yg sama…
    eko pun ade jgk..
    tapi yg paling sy bimbang kertas mikro n makro ni..
    huhu~

  19. 23
    eezan@ijan Says:

    >nak tnya,saya tahu nak buat mikro mcm mana..tp sumber keyakinan saya tk de,sya memohon kpd sifu tolong beri panduan dan motivasi utk myakinkan diri saya….from (smk kudat)class (6T1)

  20. 24
    awe & cupu Says:

    assalamualaikum…

    boleh tak seandainya sifu menerangkan tajuk2 yg popular dalam makroekonomi dan teknik2 menjawab esei panjang dan pendek..harap kami dapat maklum balas dengan segera..thanx..

  21. 25
    akmalenacoi & ronaldono Says:

    salam..

    apakah bidang2 yg boleh kita sertai di universiti dengan subjek ekonomi..dan apakah peluang pekerjaan yg boleh kita ceburi kelak???

  22. 26
    sifu2b Says:

    eejan,
    Awak pelajar 6 atas sekarang ini ke? Nyatakan dulu bagaimana prestasi mikro awak setakat ini, dan nyatakan kadar minat awak utk subjek mikro – antara 1 hingga 10. Barulah sifu boleh berikan komen atau cadangan apa yang patut awak buat.
    Terima kasih kerana sudi melawat blog tak seberapa ini.

    Awe & cupu (atau nama lain – akmalenacoi & ronaldono),
    Hmm, ni dua nama tapi orang yang sama ni.

    Bidang boleh diceburi? Sebenarnya ada banyak, dan ada yang langsung dan ada juga tak langsung berkaitan. Contoh paling sifu suka, sesuai dengan perkembangan Malaysia terkini, ialah ekonomi kewangan islam, ekonomi kewangan antarabangsa, dan lain-lain. Bidang lain tak berkaitan ekonomi ialah perakaunan (dgn syarat dapat Gred B dlm STPM-layak mohon masuk bacelor perakaunan dgn CGPA keseluruhan 3.8 ke atas – MUNGKIN BERPELUANG), pengurusan dan pentadbiran, guru, bidang-bidang lain memandangkan awak turut belajar subjek STPM yang lain.

  23. 27
    eezan_ijan Says:

    assalamualaikum sifu?prestasi sy dlm mikro lbh dr lulus tu memang blh,minat,memang sy minat mikro,klu blh nk kuasai smu apa y ada dlm sbjk mikro tu,tetapi sya mahu minta tips2 bkesan utk mguasai dgn myeluruh..dlm masa 5 bln nie saya ingin meguasai semua tntng pengiraan n keluk2 dan akhir sekali nk tnya soalan apa y perlu kuasai spenuhnya……………….?harap boleh tunjuk ajar sifu.

  24. 28
    gthbm Says:

    boleh bagi maklumat berkaitan petua dan teknik menjawab soalan makroekonomi stpm

  25. 29
    noobying Says:

    on july month got a test ekonomi,but i still cnt haddle the ekonomi,especially the details,i so worry when the test came i will fail.untill now i still cannot remember some notes,why should i do,sifu?pls tell me,thx for ur help

  26. 30
    sifu2b Says:

    noobying,
    Do you have Q&A STPM book published by Longman Pearson? I think you can study using this book instead. Read the question and read the answer. Find what you do and don’t understand and try to rasionalized it into yourself. You have to help yourself avoiding unnecessary negatif thought about this subject.

    Please DON’T STUDY economics the way you study Geography or History or any other subject. Probably you also need to buy a book related to HOW TO STUDY EFFECTIVELY.

  27. 31
    noobying Says:

    sifu,apa khabar?terima kasih atas tunjuk ajar sifu.sekarang saya nak tanya tentang mikroekonomi bab 2,i tak faham tentang perbezaan permintaan dan pernawaran.sebernarnya,hubungan antara permintaan dan pernawaran ada berkaitan tak?saya tak faham yg tentang ini,harap sifu boleh ajar saya,sekian terima kasih

    • 32
      sifu2b Says:

      Bab 2 fokus tentang bagaimana permintaan wujud dan bagaimana hubungan antara kuantiti diminta dengan harga barang tersebut. Perkara sama juga dikaji bagi penawaran barangan, bagaimana penawaran boleh wujud dan apakah hubungan antara kuantiti ditawarkan dan harga barangan tersebut.

      Hubungan permintaan dan penawaran wujud dalam pasaran barangaan dan pasaran faktor. Macam juga kehidupan kita, kalau nak makan di luar, contohnya restoran Mamak. Kita ada wang dan kesanggupan membayar. Kita order (mintalahtu) nasi beriyani. Kita sanggup beli satu pinggan sahaja dan harganya RM8.00. kalau harganya RM4.00, kita sanggup beli dua, satu makan di kedai, satu lagi bawah pulang (takeaway). Kalau perilaku itu berlaku maka kita meminta barangan dipanggil nasi beriyani. tetapi meminta sahaja tak cukup. tanpa ada penjual maka tak akan ada nasi beriyani tu. Restoran itu mewakili tingkah laku PENGELUAR yang MENAWARKAN barangan dipanggil nasi beriyani. Restoran tersebut sanggup menjual (mengeluarkan) nasi beriyani kerana merasakan adanya peluang mendapat keuntungan semaksimum boleh. Pada harga RM4.00, restoran mamak itu tak sanggup jual nasi beriyani kepada pelanggan sebab harga terlalu rendah. Tetapi jika harga sepinggan nasi beriyani dipasaran ialah RM8.00 maka mereka sanggup keluarkan. Apabila wujud persetujuan antara pengguna (pengunjung restoran) dengan pengeluar (pengusaha restoran), maka berlakulah keseimbangan pasaran nasi beriyani.
      harap awak dapat fahami contoh di atas.

  28. 33
    Zubaidah Says:

    susah lah nak faham buat keluk .. mcm mana nak faham buat keluk ?..

  29. 34
    ekey Says:

    sy bru msuk f6..
    sy msh xphm ag tjuk2 mikro 4 stpm..
    sy x taw nk fham ngn cre pe?
    bce or buat ltihan??

  30. 35
    sifu2b Says:

    Ekey,
    Ginilah, nak setakat lulus sebahagian? baca cukup kot, tapi tak jamin.

    Nak lulus penuh? baca dan latihan.

    nak lulus cemerlang? baca, atau strategi belajar, bincang dan latihan terutama yang dianggap penting dan ketahui agihan markah STPM.

    nak lulus gerenti A? Baca, atur strategi belajar, jangan putus asa, terima ekonomi itu mencabar, dan buat latihan dan latihan dengan bimbingan yang betul dari guru. Latihan tanpa bimbingan tak berapa membantu kerana skema markah STPM tak sama dengan SPM.

    Sebagai pelajar STPM yang sebenarnya ’setaraf siswa diploma’ awak kenalah berubah dan menghadapi dunia akademik setaraf dengan awak.
    Tahniah kerana anda adalah siswa, dan tahniah kerana anda berani belajar ekonomi. Mudah-mudahan usaha anda berbaloi dan dapat memilih program-program ijazah yang anda benar-benar minati dan bernilai tinggi.

  31. 36
    ekey. Says:

    aslmkm..thnkz kak bg taw tip 2..
    tp
    klu bce je xphm la..ekey dlu kls science ps2 tkr ekonmi..2 yg krg mmahami
    bab2 yg pntg utk stpm??

  32. 37
    Noobying Says:

    terima kasih atas tunjuk ajar sifu
    sekarang saya dah faham tentang bab 2 ,tapi dalam bab 3 yg mengenai kiraan,sangat susah untuk kira,keanjalan tu apa maksud ?
    banyak formula yg muncul,harap cikgu boleh tunjukkan cara untuk faham formula-formula kiraan tu,sekian terima kasih

    • 38
      sifu2b Says:

      Noobying,
      1. Kalau awak ada baca buku, awak akan perasan yang topik keanjalan itu berkaitan dengan ‘keupayaan perubahan’ sesuatu permintaan dan/atau penawaran sesuatu barangan.
      2. Cuba ambil segelang getah. Regang getah itu seketika, cuba regang lagi sehingga putus. Apa yang awak dapat? Awak sebenarnya sedang menguji setakat mana keupayaan getah itu meregang dan tahap maksimum yang boleh diterimanya sebelum ia putus dan menyakitkan tangan awak, atau awak cuba tentukan tahap regangan mana yang selamat, getah tak putus dan dijamin selamat.
      3. Menggunakan analogi getah tersebut, suka sifu terangkan disini. Dalam ekonomi, keanjalan merujuk kepada regangan perubahan harga dan kuantiti tadi. Adakah perubahan barang tersebut membantu pasaran barangan atau sebaliknya.
      4. Apa jadi jika perubahan harga terlalu tinggi berbanding perubahan kuantiti diminta. Apa akan jadi kepada permintaan barang itu dan kesannya kepada pengeluar.
      5. Ketahuilah pengeluar harus tahu APA DAN BERAPA yang dikehendaki sebelum bersedia menawarkan apa yang diminta oleh pengguna. Itu namanya research pemasaran (marketing research – kalau dalam dunia realiti).
      6. Kemudian adakah barang di minta ini mudah turun atau naik harga dan kesannya kepada permintaan barang. Bayangkan anda nak jual rumah dengan harga RM50000 dan ada 20 buah hendak dijual. 50 orang yang minta nombor telefon anda kerana berminat nak beli rumah. Tapi katakan firma anda bertugas kini menaikkan harga seunit rumah kepada RM70000, dan kesannya hanya 10 orang yang masih berminat nak beli rumah.
      7. Apa jadi? kenapa dari 50 orang berminat kini tinggal 10 orang sahaja. Ini adalah perniagaan berisiko kerana jika jadi jual rumah dengan harga baru, RM70000, maka hanya 10 buah yang akan berjaya terjual, dan 10 buah rumah lagi terlebih-tawar.
      8. dalam kes di atas, kejadian perubahan permintaan akibat perubahan harga dipanggil keanjalan harga permintaan. Ingat lagi getah itu? Getah semakin meregang jika awak menariknya, dan ia akan meregang lebih panjang jika awak menarik lebih panjang dan lebih kuat. Dalam sains tingkah laku anda boleh diukur menggunakan sejenis alat pengukur (sifu dah lupa nama dia). Begitu jugalah nilai keanjalan ini, ia adalah NILAI UKURAN yang menjadi panduan keupayaan sesebuah pasaran barang itu berubah dari mudah berubah (anjal), berubah secara malar (anjal satu), lambat berubah (tak anjal).
      9. harap awak dapat memahami dan melihat konsep keanjalan ini dalam konteks menyeluruh dan perkaitannya dengan keadaan sekitaran.

  33. 39
    cikgu z Says:

    salam, saya kena ajar mikro tahun ni. Walaupun saya opsyen ekonomi, tapi selama ni saya hanya mengajar pengajian perniagaan, ekonomi asas dan perdagangan. Ada ke tips2 cara untuk mengajar mikro supaya student boleh faham apa yang saya ajar?

  34. 40
    sifu2b Says:

    Cikgu z,
    Fahami sukatan pelajaran ekonomi STPM, dan ajarlah anak murid mengikut kekuatan cikgu.
    Fokus kepada kemahiran penulisan esei dan bimbing pelajar ke arah itu.

    Semoga berjaya. 2004 dahulu adalah tahun pertama saya mengajar ekonomi mikro. Seperti cikgu juga, saya terpaksa belajar dari awal lagi.

  35. 41
    sim Says:

    sifu…sya nie jenis last minit…bleh tak seseorg itu menguasai subjek ekonomi ni dlm masa 2 bulan…huhu

  36. 42
    jehan Azmin Says:

    salam…
    mcmana nk ingat semua keluk??
    sy keliru laa…
    mintak sifu berikan sy tips…

  37. 43
    sifu2b Says:

    Jehan kenalah berlatih dengan buat lakaran berulang-ulang bagi setiap keluk yang penting. Contohnya dalam teori pasaran, keluk AC, MC dan AVC serta AFC sebenarnya mirip antara PPS, PM dan PPM. Apa yang beza hanyalah keluk AR dan MR.

    Untuk itu jehan hendaklah berlatih buat lakaran dan perlahan-lahan melukis dengan cermat.

  38. 44
    sifu2b Says:

    Sim,
    2 bulan? BOLEH, jika anda memang pelajar yang bersedia dan hebat. 2 bulan tu lebih kurang je dengan 1/2-2/3 dari tempoh semester di IPTA. Di IPTA, siswa belajar mikroekonomi dalam 1 sem je dan habiskan semua bab STPM plus beberapa teori lain.

  39. 45
    Mark's Says:

    sifu…..
    sa inginkn bantuan sifu… sa akn ambl exam STPM mikro pd pertengahan bln nov ini tpi sa blm menguasai mikro…apa cara last minit yg blh sifu berikan kpd saya??

  40. 46
    sifu2b Says:

    Mark,
    Malangnya buat masa ini, sifu pun buntu fikiran bagaimana nak beri idea teknik belajar pantas.
    Mungkin Mark perlu fokus dahulu bab terpenting/popular sahaja sehingga menguasainya. Gunakan juga konsep ekonomi, cari kepuasan maksimum. dalam kes belajar, ulang kaji dan latih tubi topik yang paling banyak disoal dan menawarkan markah tertinggi.

    Antara topik yang sifu maklum banyak disoal di semua bahagian ialah Bab Permintaan dan penawaran, teori pengeluaran dan teori pengguna.
    Ada juga bab lain, tetapi mark hendaklah teliti analisis soalan yang ada tercetak di buku rujukan terkini dan/atau buku latih tubi.

    • 47
      Mark's Says:

      ohhh… g2 ya sifu, cg saya pn ada ckp g2 jgk….. apa2 pun terima kasih sifu…. nanti saya kan tanya sifu lagi jikalau ada kemuskilan lagi….(^_^)


RSS Feed for this entry

Leave a Comment