Bab 3 : Keanjalan Permintaan dan Keanjalan Penawaran

Antara perkara penting dalam topik ini ialah tafsiran nilai keanjalan yang dihitung.

A. Keanjalan Harga Permintaan Silang

  • Barang Pengganti => E positif
  • barang Penggenap => E negatif
  • Barang neutral / tidak berkaitan => E sifar

B. Keanjalan Pendapatan

  • EY < 1, barang normal
  • EY > 1, barang mewah
  • EY = 0, barang perlu
  • EY < 0, barang bawahan

Calon STPM diharapkan akan dapat menentukan jenis barang berdasarkan nilai E yang dicari/ditanya.

Banyak soalan adalah dalam bentuk soalan objektif, namun ada juga soalan esei pendek/panjang. Calon dikehendaki mengingati maklumat di atas.

65 Comments

  1. 1
    ryan Says:

    sifu as i said..any teknik?? i always feel my huraian is bot that good..wont achieve full marks..how???

  2. 2
    sifu2b Says:

    Sifu akan bincangkan teknik menjawab tak lama lagi, esei panjang. Sekarang ni sifu tak dapat nak tumpu ke blog ini, sibuk dengan aktiviti seminar, mesyuarat pibg, majlis anugerah pelajar cemerlang, semak peperiksaan EXCEL sabah. semak ujian tingkatan 4. A bit exhausted! Tapi jangan risau, sifu memang ada plan nak kongsi maklumat penting termasuk kaedah menjawab soalan ekonomi. Harap bersabar ya. terima kasih kerana mengingatkan sifu.

  3. 3
    ita Says:

    salam…
    sifu…
    tolong saya dalam memahami bab 3 ini sebab saya tak dapat menguasai bab ini dengan kuat…
    saya tidak tahu bagaimana untuk memantapkan lagi penguasaan saya dalam bab ini..
    tolonglah saya sifu…..

  4. 4
    sifu2b Says:

    Ita,
    insyaallah. Apa masalah sebenar ita?

  5. 5
    may Says:

    sya da poning ngan eko nih
    huh exam tggal few month je
    hmm ada cara nak dpat kan
    mrkah penuh tak, sifu?

  6. 6
    sifu2b Says:

    May, baca respons sifu di soalan awak yg lain.

  7. 7
    juliana Says:

    blh x sy nk mnta nota mikroekonomi,makro, pengajian am 1 ngn geografi fizikal n mnusia????/sy prlukn sgt nota2 2…………….

  8. 8
    sifu2b Says:

    Juliana,
    Sori sifu tak sediakan nota utk mikro, apatalah lagi mengumpul nota subjek lain. Sori ye.

  9. 9
    CIKGU ZETI Says:

    ASSALAMUALAIKUM

    SAYA NAK TANYA..KALAU SOALAN PERBEZAAN, DALAM STPM JAWAPANNYA TIDAK BOLEH DIJAWAB DALAM BENTUK JADUAL…TETAPI DALAM BENTUK ESEI…BAGAIMANA PULA PULA DENGAN SOALAN DALAM SPM?ADAKAH SAMA?

  10. 10
    sifu2b Says:

    Cikgu Zeti,
    Setakat pengetahuan saya (dah karat dah-kursus skema 4 tahun lepas dan dah 2 tahun tak ngajar EKA F4) pelajar dilarang menjawab soalan perbezaan dengan menggunakan jadual. Pelajar SPM digalakkan menjawab dalam perenggan-perenggan yang menunjukkan perbezaan. kata kunci yang sesuai ialah : namun demikian, tetapi, sebaliknya, manakala.

    Harap ia dapat membantu.

  11. 11
    eni_shinoda Says:

    assalamualaikum sifu..
    bha sya mo dapat A bha ekonomi nie..
    but if dah dekat takut tak dpt achieved plak target tu..
    dengan mikronya lagi n makro..
    mikro is hard i think than makro to get marks..
    how??

  12. 12
    sifu2b Says:

    Eni_shinoda,
    Siapa kata mikro lebih susah dari makro? Itu hanyalah persepsi awak, atau persepsi salah ramai pelajar. realitinya semua susah dan semua senang, bergantung kepada diri pelajar.

    Nak dapat A. kalau awak dari awal lagi dah start belajar, nak dapat A senang. kalau awak nak dapat A tapi baru nak belajar, maka dapt A tu susah. Mesti awak kecewa dengan kenyataan sifu. Makan besar maka kenyang, makan sikit maka cukup-cukup di perut je.

    Belajar fokus kepada bab terpenting atau paling popular. antara bab yang pasti banyak soalan ialah bab permintaan dan penawaran, keanjalan pemintaan dan penawaran, teori pengguna, teori kos pengeluaran. Lepas tu fokus kepada jenis pasaran pps dan PM, dah cukup dulu. belajar-dan belajar bahagian itu sahaja. Beri penekanan kepada aspek ISI KANDUNGAN esei awak. Ramai pelajar TAHU, tapi tak PANDAI menulis esei. Ini kesan dari amalan ACUH TAK ACUH terhadap maklumat penting.

    Awak pelajar jenis macam mana? Bila orang berbicara di hadapan, beri perhatian ke tak. beri perhatian dengan hati dan minda, bukan beri perhatian dengan mata semata-mata. Itu nama acuh tak acuh. Sama juga bila belajar sendiri, ada tak mencari maklumat atau sekadar baca maklumat. ia berbeza tau. Teknik belajar yang betul merangkumi teknik MENCARI MAKLUMAT, bukannya sekadar baca. Sedangkan pembaca novel yang fokus mencari maklumat cerita dan watak dan perkaitan watak dan lokasi, apatah lagi membaca buku rujukan. Lainlah baca komik atau majalah hiburan, mata sekadar skimming, mata untuk menikmati cerita, hati berkata-kata, selaluny mencukupi sebab konsep dan penceritaan tidak memerlukan kita berfikir dengan jauh. dengan kata lain, maklumat penting dalam majalah komik sedikit, maka boleh cepat ingat dan menikmati penceritaan.
    Sebaliknya buku rujukan memerlukan kita semua sacrifice masa untuk mencari maklumat dan memahami maklumat. daya intelek diperlukan ke tahap terbaik atau tertinggi. Ia diperlukan supaya maklumat yang telah diperoleh, dapat disimpan dalam otak.

    So, nak dapat A, sifu boleh bagi saranan ini. usaha mesti tingkat ACE, keyakinan diri mesti A, kesungguhan A, keazaman A, cita-cita A, kemahiran A, kefahaman A, dan teknik belajar pun mesti A. Apa subjek pun jika kita jelas tujuan pembelajaran sifu tak heran Eni dapat semua A. Mudah-mudahan awak dapat 5 PRINSIPAL A, sebab awak dah mulakan langkah ke arah ACE (terbaik).

  13. 13
    FARAH Says:

    sifu, sy nk dpt A dlm ekonomi..
    Tapi apb exam je sy dpt F. Biasanya sy dpt 2 puluh lbh sj utk mikro ni…
    Trial nak dekat dh lepas cuti skolah ni…
    Saya harap at least sy dpt C je utk trial STPM ni..
    n yg sbnr sy nk dpt A …
    Bleh ke x sy dpt A @ buat yg t’baik di ari exam nanti..?
    Tlg la sy sifu..sbb sy rse mse dah dkat dah nak study pun…

  14. 14
    sifu2b Says:

    Farah,
    Sifu ni jenis realistik. Ukur baju biarlah di badan sendiri. Usaha berterusan asas kejayaan dihadapan. Dalam hal Farah yang bakal menjejak STPM tak lama lagi, Farah juga mesti realistik. Awak ada lagi 4 atau 5 sbjk lain. Agihkan masa sebaiknya. Ekonomi memerlukan Farah MENGUASAI, bukannya skdr tahu, kemahiran yang dipelajari dalam hampir semua bab, kerana ia saling berkaitan.

    Tetapi Farah boleh kurangkan penumpuan kpd bbrp bab iaitu (sifu rujuk buku Longman-Pearson):
    1. Pengenalan (5%)
    2. Permintaan dan Penawaran (15%)
    3. Keanjalan permintaann dan penwaran (10%)
    4. Teori pengguna dan … (10%)
    5. Teori pngeluaran dan kos pengeluaran (15%)
    6. Pasaran Persaingan sempurna (10%)
    7. Pasaran Monopoli (8%)
    8. pasaran Persaingan bermonopoli (8%)
    9. Latih tubi kuantitatif (10%)
    10. Latihan menulis esei pendek dan panjang berkualiti (14%)
    11. latih tubi objektif (5%).

    sebenarnya bila dah mahir kuantitatif, lebih mudah jawab soalan kiraan dlm Objektif. Tapi ada juga orang yang nak kuasai objektif dulu baru ke bahagian kuantitatif. So suka hati mana nak dahului.

    berapa dah tu? 110%? Lebih kurang gitulah agihan masa farah utk ulang kaji Ekonomi Kertas 1. Apa yg sifu cadangkan adalah fokus STPM tahun-tahun lepas. Jika Farah tak kuasai bab lain pun tak apa kerana ia adalah pengorbanan yang terpaksa dibuat (kos lepas) utk membolehkan Farah TAK GAGAL (bagi sifu D+ ke bawah dikira gagal krn IPTA tak terima pun gred yg NGMP di bawah 2.000. Kertas 2? Juga fokus kpd topik PALING popular ke kurang popular.

    Ambil kira bahawa agihan Kertas ekonomi ialah 50:50 so, dari segi strategi, awak dahului mana yang Farah kuat, yakin dan sememangnya kuasai. Kemudian barulah fokus kpd penguasaan keseluruhan.

    Dalam kertas 1, bab permintaan dan penawaran paling banyak soalan, diikuti gabungan bab PPS, PM dan PBM jika digabungkan ketiga-tiganya. Bab teori pengguna dan lebihan pengguna mempunyai pelbagai soalan juga, popular utk sln esei pjg dan kuantitatif. Kos pengeluaran mgkn berpotensi ada soalan kuantitatif. PM lebih peluang ditanya dari PPS tapi utk kuasai PM mesti kuasai PPS dulu, so pelajari kedua-duanya.

    Apa-apapun Farah, awak mesti jaga TIDUR dan kesihatan. JANGAN tidur lewat malam, terutama jika anda dapati tahap kefahaman semakin lemah. Itu tandanya awak punya OTAK dah lemah. Otak kita ni organ yg perlu tidur. Jika otot kaki terlebih guna, kita akan kejang. Itu antara simptom kaki terlebih guna atau kurang sesuatu sehingga fungsi otot terjejas.

    begitu juga dengan otak, jika dah lemah, penat, tandanya ialah kita terlalu mengantuk, pemahaman menjadi tahap terendah. Maka perlu rehat yang MENCUKUPI, bukannya rehat sekadar cukup-cukup makan. AWAK NAK BERTANDING dalam STPM, bukannya saja-saja duduki exam. So kena jaga serba serbi. Macam atlet di olimpik, penjagaan makanan dan rehat main peranan terpenting selain dari latihan harian yang berterusan sejak 1 tahun lalu.

    SO REMEMBER. Jika sekarang ni ada simptom terlalu lemah sedangkan awak pasti awak pelajar yang pandai, berkebolehan, maknanya anda perlu rehat, dan jika tidak tetapi masih lemah dari segi kefahaman dan daya ingatan, cuba fikirkan kalau-kalau ada mengalami stress sekarang ini. Stress datang dari diri sendiri tak mudah disedari, so rehat sahaja seminggu-dua ini, sebagai persediaan menormalkan semula fungsi tubuh badan. Masih sempat lagi. Gunakan masa dalam kelas sebenar (siang) utk belajar betul-betul, fokus betul-betul, kalau pun awak rasa boring dgn cikgu buatkan fikiran awak positif bhw cikgu dihdpn tu sedang berusaha membantu anda semua dlm keadaan serba serbi kurang, almaklumlah kelas tu bukannya awak seorang, ada lagi 15-20 orang. Tu pun kira dah kelas terkecil tu.

    Pelajar lain adalah pesaing anda, tetapi kesihatan anda adalah rakan karib anda. Minda anda adalah peta anda. Ilmu adalah Ilmu. Motivasi dan yakin diri adalah kompas anda. Keep it fokus.

  15. 15
    FARAH Says:

    terima kasih sifu..
    tajuk2 yg diberi sifu tu, fokus ikut peratus yg sifu tunjuk ke? bukan kurg penumpuan kan? konfius ckit bab 2..hehe
    saya x blaja dr mula ekonomi 2, mikro n makro…
    saya blaja mula2 pun dlm tengah2 bab
    tu yg ble blaja b’terusan tu, x bleh nak faham..

    bgaimana dgn makro tajuk penumpuannya yg bleh sy study ?
    sy harap sifu bleh berikan..

    kalau boleh sifu sediakan soklan yg slalu keluar n ramalan keluar utk thn ni utk sy buat latihan…dan sifu boleh memeriksanya @ bg jawapannya…

    sy ade 3 sbjk lg utk study tp yg plg sy lemah ialah ekonomi ni..
    sy hrp sifu bleh tolong sy…

  16. 16
    sifu2b Says:

    Farah,
    ya, maksud sifu gitulah, kalau ada 10 jam seminggu, mgkn agihan masa seminggu itu boleh gunakan peratusan yang sifu cadangkan. Tapi Farah juga boleh fleksibel.

    Mana yg boleh sifu tolong, sifu usahakan.

  17. 17
    FARAH Says:

    sifu,
    ade nasihat x utk exam trial ni…?
    sy tkut la..
    tkut x dpt jwab…

  18. 18
    sifu2b Says:

    Farah,
    Mungkin dalam keadaan sementara ni, awak sabar je, terima hakikat bahawa persediaan sebenar ialah utk STPM bulan Nov-Dis ni, so kalau terlepas percubaan ni, minta maaf dgn diri sendiri, mungkin guru awak dan berusaha untuk fokus kpd kelemahan sedia ada. Tapi utk upkan markah dlm trial ni, tanya guru apa topik yang keluar dan fokuskan kpd 1/2 dari topik yang ditanya. Selalunya mana-mana guru pun akan keluarkan topik popular spt permintaan dan penawaran. So fokus di sana, juga fokus kpd bab teori pengguna, dan teori pengeluaran dan kos pengeluaran, yg juga popular dlm STPM. Lepas tu fokus kpd PPS atau PM mana yg cikgu awk bakal tanya.

    Kalau dpt upkan markah pun dah kira ada perubahan tu. Sebenarnya ini bukanlah jalan terbaik, sebab ia tak menunjukkan kualiti pelajar pra-U sebenar. Kalau lah awak belajar skg di IPT di peringkat diploma atau program asasi atau matrikulasi yg guna sistem semester, mungkin awak dah terkeluar dari kampus?!!?!! sebab tak cukup CGPA 2.00 ke atas. Apa-apapun try your best.

  19. 19
    rAfEi Says:

    smekom sifu..
    sy ni lmh sngt2 sbjek ekon ni..
    pekse dh nk dkt dh..
    bley xbg tips skurng2nye utk past dlm stp nanti..

  20. 20
    FARAH Says:

    terima kasih byk ats nasihat sifu tu …
    insyaAllah sy akn buat yg terbaik.. :)

  21. 21
    sifu2b Says:

    rAfEi,
    ikut nasihat sifu untuk Farah, mungkin boleh membantu.

  22. 22
    rAfEi Says:

    tma ksh bnyk2 atas nsht sifu..
    insya allah sy akn wt yg tbaik..
    lg pn,ni la pekse yg akn tnyukn ms dpn sy..
    thanks…….

  23. 23
    farah Says:

    sifu, ade x tajuk peruncingan @ spot utk makro?
    klu ade bh kat sy ek..
    tq…

  24. 24
    sifu2b Says:

    Farah,
    Belum ada. Jika rakan guru saya ada, akan saya kongsi di sini, JIKA ADA…

  25. 25
    farah Says:

    ok, thank u..

  26. 26
    ayu perlis Says:

    askum sifu..saya taun ni lower 6..baru2 ni sy da exam..tp sy just dapat 28% je…yg lulus cma 3 org..mslah sy skrang,bla sy wat latihan or when ckgu ask me,i can answer it easily..tp bla time exam…alamak x leh jwb..cm ner sy nak stle problem sy?hope sifu bley tlg

  27. 27
    sifu2b Says:

    Ayu Perlis,
    Dalam hal ini, awak mesti sedar bahawa menjawab di dalam kelas secara lisan berbeza dengan penulisan esei.

    Dalam esei, setiap jawapan mestilah munasabah untuk memperoleh markah. Apa itu jawapan munasabah? Jika soalan minta huraian, maka Ayu mesti berikan jawapan dengan menghuraikan setiap isi yang Ayu tulis termasuklah contoh.

    Jika soalan menghendaki Ayu senaraikan, maka hanya senaraikan, tak perlu hurai. Makluman ye, soalan sebegini AMAT JARANG, jangan mengharap sangat.

    Jika soalan menghendaki Ayu bincangkan atau menerangkan, maka mesti terangkan dengan menggunakan isi penting, rajah/graf/keluk yang relevan.

    Ambil contoh soalan ini,
    keseimbangan pasaran boleh berubah apabila harga keseimbangan meningkat. Bincangkan. [10m]

    Soalan ini wajib ada rajah, dan dalam kes ini akan ada TIGA JAWAPAN yang mesti dibincangkan.

    ya, keseimbangan berubah bila harga naik,
    ya, kesimbangan turut berubah bila harga turun
    ya, keseimbangan turut berubah walau harga tidak berubah

    Ketiga-tiganya mesti ada rajah yang disediakan dengan tepat.

  28. 28
    fatin Says:

    hello.saya takut la.exam is just around the corner saya tak penah dapat b pu eko.ada tips tak.cam mana nak study nih.kadang2 saya almost nak give up eko n just target nak lulus je for this subjek.please help me on macam mana nak study dah saat2 akhir ni

  29. 29
    fatin Says:

    bagi saya la makro senang but mikro susah la.selalunya saya skor tinggi dalm makro tapi bila mikro rendah sedang kan mikro just basic je

  30. 30
    farah Says:

    sifu, baru2 ni sy hampir lulus utk mikro tp x lulus la…
    27% je dpt…klu sy target B je utk STPM agk2 dpt x? sy risau la sbjk ekonomi ni…

  31. 31
    wawa Says:

    hi c-fu..sy stdnt lwer6..sy ade prblm skit gn micro,but macro stil ble angkt..1st mbek exm bru2 ni,sy igt ble score micro..tp xle kec up.. cm ner nk bg imprve nye

  32. 32
    sifu2b Says:

    Fatin,
    Sebenarnya mikro lagi senang, tetapi pelajar lebih rela BANYAK DAN HANYA membaca dari melakukan ulang kaji sambil MELUKIS KELUK ATAU RAJAH, maka Mikro digembar gemburkan sebagai LEBIH SUSAH.

    Sebenarnya ia masalah PERSEPSI, persepsi salah kerana teknik belajar yang salah. Macam belajar lukisan, kelihatan senang, tetapi BM tidak. Persepsi. Tepuk dada nak berjaya atau tidak dan ingin yang terbaik atau tidak. Make sure dalam keadaan gawat 2 bulan lagi ni, cepat-cepat ubah persepsi dan ubah teknik belajar, insyaallah sempat meningkatkan prestasi mikro anda.

    Farah,
    B? Boleh jika anda pasti nakkannya. Bincang secara jujur dengan guru anda bagaimana nak fokus utk ekonomi, you’ll be surprise how easy it is. Dulu nampak susah sebab dalam diri ada ‘PERASAAN BENCI’ subjek ‘SUSAH’. Umpama bercintalah, tak hendak takkan sudi walau cantik atau hensem sidia. Hehehe, gurau aje tu.

    Wawa,
    Sempat lagi tu. Believe me Micro is still easy.

  33. 33
    farah Says:

    barang gifften 2 br pe? brg bawahan ke?

  34. 34
    jessie Says:

    erm …….. sifu i would like yr help on microecnomic bout chapter 5 and 6
    i wana noe wat is the teknik on ans these chapter of quistion

  35. 35
    sifu2b Says:

    Farah,
    Yes, barang bawahan.

    Jessie,
    Tell me what is Chapter 5 and 6 on your mind. Other books will list it differently, like Longman Pearson. I will see how I can help you.

  36. 36
    sifu2b Says:

    For those interested in making strategic learning decision for STPM, please read my latest articles here. I really hope it will help you realised your true potential, not to mention the opportunity in front of you.

  37. 37
    SHALINI Says:

    SAYA PELAJAR 6 RENDAH. MCM MANA NAK BUAT HURAIAN..I LEMAH DLM MEMBUAT HURAIAN..

  38. 38
    farah Says:

    sifu, buku dr hamzaid 2 yg latest edisi ke-3 ke? sebab nampak kat situ dia tulis 2006…

  39. 39
    sifu2b Says:

    Farah,
    Itulah buku terkini. Memang ia adalah cetakan 2006. Namun demikian dengan penulisan yang sedemikian berkualiti, buku tersebut pasti relevan sepanjang zaman.

  40. 40
    farah Says:

    ooo.. ye ke? maknenyer bleh d guna pakai lg la utk format br ni pun??
    dan makro pun sy nak bli la camtu. tapi, satu je takut tak sempat baca..huhu..
    satu lagi nak tanya sifu ni,knape lthn di dlmnye xde jwpn?
    mcm mane nak rujuk kalau selepas buat latihan…?

  41. 41
    sifu2b Says:

    Farah,
    Dah gitulah tulisan Dr. hamzaid. Mungkin Dr. Hamzaid ingin membantu proses P&P yang kondusif di mana perbincangan aktif dilakukan sesama pelajar dengan bantuan guru. Sesetengah orang berpendapat bahawa keseronokan (excitement) dan cabaran (thrill) belajar yang benar-benar bermatlamat telah ‘dimatikan’ dengan adanya banyak buku yang menyediakan soalan berserta dengan jawapan lengkap di belakang.

    Mungkinkah Dr. Hamzaid salah seorang dari mereka? Sifu tak tahu tetapi tak apalah, kerana Farah dan rakan-rakan serta guru boleh berbincang mengenai soalan itu dengan lebih baik lagi.

  42. 42
    farah Says:

    ok..thanx krn bg tau…

  43. 43
    esen_90 Says:

    sifu.. amcm plak ngan buku yg d tulis oleh sabariah ali?

  44. 44
    esen_90 Says:

    sifu.. teori agihan 2, bnyk ka soalan yg di keluarkan?

  45. 45
    sifu2b Says:

    Esen_90,
    Sifu tak ada buku itu? Sifu tak dapat nak komen.

    Berdasarkan analisis peperiksaan tahun-tahun lepas, teori agihant tidak banyak ditanya.

  46. 46
    Fahmi Says:

    salam..
    sy student unisel..
    sy nk mtk note intro to mic,demnd and supply,market equilibrium and theory of consumer behaviour..
    mgharap sgt2 kt sifu..

  47. 47
    sifu2b Says:

    fahmi,
    maaflah kerana sifu tak dapat sediakan nota.

  48. 48
    lon Says:

    salam,sya nak tanya definisi permintaan luar biasa n g mana keluknya n apakah faktor2 terjadinya??????

  49. 49
    ika Says:

    askum sifu,
    esok ialah exam saya so leh x sy nk tau soalan peruncingan mikroekonomi stpm akhir tahun

  50. 50
    sifu2b Says:

    Ika,
    Maaf, sifu tak tahu apakah soalan peruncingan mikroekonomi stpm akhir tahun. Maaf ye.

  51. 51
    sifu2b Says:

    Lon,
    Sori ye, tak perasan pula soalan tu. Sifu copy-paste je respons sifu seperti dalam komen di blog satu lagi tu.

    Keluk Permintaan Luar Biasa? Senang je. Apa-apa keluk permintaan yang tidak mengikut hukum permintaan. Selalunya keluk permintaan akan mencerun ke bawah, kerana semakin tinggi harga semakin kurang kuantiti diminta. Tetapi ada sesetengah barang yang mempunyai keluk permintaan ‘luar biasa’ iaitu mencerun ke atas (seperti keluk penawaran). Contoh barang ialah barang mewah seperti barang kemas. Ia mempunyai lengkuk seperti huruf C (atau ). Yang ‘luar biasaa’ tu adalah bahagian bawah (/). Ia adalah barang bawahan. Sila baca semula buku rujukan anda. Mana tau sifu tersalah tulis di sini.

  52. 52
    Casper Says:

    Sifu,mikro i ok,but makro i…haiz…i langsung tak minat dlm makro…nak belajar pun rasa susah sangat.mikro bab 5 ada keluar dalam esai panjang tak?soalan kuantitiatif?thanks…

  53. 53
    sifu2b Says:

    Casper,
    kalau gitu ’susahlah’ nak dapat kecemerlangan sebenar dalam EKONOMI. Tetapi nak dapat gred lulus penuh, bermakna awak kena berhempas pulas dengan mikro dan pastikan pula makro tak kandas.

    Bab 5, potensi keluar dalam esei panjang, pada pandangan sifu mungkin ada keluar. Sediakan diri aja. Tapi…. makro tu, fokus kepada KNK,kDNK dan sebagainya tu.

  54. 54
    syafie Says:

    assalamualikum…
    uurrrrmmmmm…
    apa yg sya ble wat last2 minute nieee….??????

  55. 55
    Fitri Says:

    mcm mane nk dpt markah dlm huraian jawapan?
    saya phm kehendak soalan tp sukar nk menerangkan

  56. 56
    norafiza Says:

    dalam mikro nie kena karang esei panjang2 ker???????

  57. 57
    farah Says:

    sifu, STPM paper eko1 dah dkt..
    ape nasihat sifu pd sy?

  58. 58
    nurul_scha Says:

    salam..
    scha nak tnye ni..
    camne exactly esei yg terbaik?
    scha dah follow semua nye..
    even ckgu pon advise tgk markah bila nak jawab essay..
    unfortunately..
    markah still rendah..
    isi tak cukup and byk kurang..
    tapi rasanya scha dah bagi 100% answers yg diperlukan..
    sangat confuse la..
    i need some explaination from the expert..
    plesz..

  59. 59
    terRa Says:

    keanjalan……
    slalu lpa….
    tym exam,tenganga jak…lupa suma…
    ada tips ta cam na nak ingt…

  60. 60
    jiah Says:

    sifu boleh terangkn tntg lebihan pgguna n cth pngiraan..

  61. 61
    misha Says:

    sifu mikro sy memang teruk…..first test 4 me
    walau sy faham konsep,tp teknik sy menjawab telah mengelirukan cikgu sy utk bg markah yg sepenuh
    selain utk membuat latihan yg byk,beli buku Q&A eko utk rujukan ada bantuan bg saya utk dpt markah yg tinggi dlm exam dah?

  62. 62
    husna Says:

    sifu ..
    mikro sy asyk dpt rndh jer mrkh ..
    ape yg sy bc ckt2 jer yg kuar lam exam ..
    sy nk btol2 mhr bab mirko nie cmner ??
    de x tknik sifu yg leh pljr2 cm sy mdh ingt ms bljr ..
    pless …

  63. 63
    may Says:

    sifu…
    saya dah try my best utk mikro mahupun makro, tapi bila soalan ditanya, tetap tak boleh jawab….
    pls tell me what to do….

  64. 64
    Nurul Says:

    sifu,my problem is bile soalan kuantitatif saya boleh jawab tapi soalan teori tu dapat la sikit2 je markah. how to improve for that questions??

    • 65
      sifu2b Says:

      Nurul,
      Umumnya, setiap soalah esei memerlukan isi dan huraian isi.

      Contohnya bahagian B menetapkan 6 markah setiap soalan. Jika soalan itu ‘NYATAKAN’, maka tulis isi dan terangkan. Selalunya soalan 6 markah menghendaki 6 elemen jawapan.

      Contoh soalan, “Terangkan bagaimana firma mendapat untung lebih normal dalam paaran persaingan sempurna dalam jangka pendek” (6m)

      tanpa diminta pun, mesti lukis rajah DENGAN TEPAT. patuhi teori dan patuhi lukisan rajah dengan TEPAT.

      RAJAH – 1M (dengan label yang tepat juga)
      Asas keseimbangan pasaran, MC=MR – 1m [< mesti sebut ini kerana ia adalah asas kepada teori pasaran]
      Kuantiti dan harga asal, Q0 dan P0 – 1m [< mesti sebut kerana untuk untung mesti ada beza harga]
      jumlah kos, P0ABQ0 – 1m
      jumlah hasil, P1abQ0 – 1m
      untung, P0P1AB – 1m

      Senangkan!!!!

      ESEI PANJANG PULA, menyediakan 10Markah, bermakna akan ada 10 elemen jawapan yang perlu ada.

      Contoh soalan, "bagaimana firma dalam PPS yang alami Untung lebih normal dlm jangka pendek mendapat untung normal dalam jangka panjang"

      Rajah – 1-2M (kerana mesti ada 2 keadaan/atau loji – satu keadaan ULN, dan satu lagi keadaan UN)

      Kisah Firma dalam J/Pdk (nyatakan keluk AC yang dibincang), termasuk keseimbangan pasaran MC=MR) – 1m
      Jumlah hasil – 1m
      jumlah kos – 1m
      untung lebih normal – 1m

      Kisah firma dalam J/Pjng (nyatakan keluk AC yang dibincang),termasuk keseimbangan pasaran MC=MR) – 1m
      jumlah hasil baru – 1m
      jumlah kos baru – 1m (sepatutnya sama dengan jumlah hasil)
      untung normal baru – 1m

      SENANGKAN!!!!!


RSS Feed for this entry

Leave a Comment