STPM : Calon lulus naik 91.62%

March 12, 2008

KUALA LUMPUR 11 Mac – Sebanyak 56,896 atau 91.62 peratus calon lulus penuh sekurang- kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2007 berbanding 63,149 atau 90.87 peratus pada 2006.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Profesor Datuk Dzulkifli Abdul Razak berkata, keputusan tersebut menunjukkan prestasi pelajar yang mengambil peperiksaan itu meningkat sebanyak 0.75 peratus.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 3,687 atau 5.94 peratus dan 23,101 atau 37.20 peratus calon lulus penuh masing-masing dalam lima dan empat mata pelajaran yang diambil.

Bagaimanapun, hanya 25 calon mendapat gred A dalam lima mata pelajaran berbanding 34 orang pada 2006.

Seramai 66,047 calon menduduki peperiksaan itu dan sebanyak 23 mata pelajaran yang terdiri daripada 56 kertas soalan telah ditawarkan pada peperiksaan STPM 2007.

“Sementara itu, jurang antara prestasi calon bandar dan luar bandar masih ketara. Di bandar, calon aliran Sains dan Sastera lebih baik daripada di luar bandar,” kata Dzulkifli ketika mengumumkan keputusan prestasi STPM dan penyampaian anugerah pelajar cemerlang di sini hari ini.

Seramai 16 pelajar termasuk tiga calon kategori istimewa yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu menerima anugerah daripada MPM pada majlis itu.

Calon di kawasan bandar yang mendapat 5A, 4A dan 3A mencatatkan kadar 13.71 peratus berbanding calon di luar bandar iaitu 4.62 peratus.

Dzulkifli berkata, bilangan calon yang menjawab soalan dalam bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik pula mencatatkan peningkatan daripada 85.6 peratus pada 2006 kepada 91.9 peratus tahun lalu.

“Penggunaan bahasa Inggeris dalam dua mata pelajaran tersebut didapati tidak menjejaskan calon dalam peperiksaan STPM kali ini,” katanya.

Beliau berkata, MPM berpuas hati dengan keputusan keseluruhan peperiksaan tahun lalu kerana ia tidak banyak perbezaan dengan keputusan STPM yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, katanya, MPM akan memberi lebih penekanan kepada jurang yang wujud antara pelajar di bandar dan luar bandar pada masa depan.

Sumber berita : Utusan online-11/03/08

Prestasi Ekonomi STPM 2007 anak murid

March 11, 2008

Keputusan dah keluar secara rasminya hari ini. Cikgu tak dapat ke sekolah, tapi dapat juga selepas pukul 3:0 ptg meninjau keputusan pelajar melalui lamanweb MPM. Dari analisis pantas cikgu, bolehlah dikongsi seperti berikut:

KOD SUBJEK B- C+ C C- D+ D F Grand Total
944 Ekonomi 3 2 1 2 6 3 6 23

Gred tertinggi dapat dicapai ialah B-, suatu perkara yang pasti menceriakan pelajar berkenaan. Tetapi 6 orang gagal, benar-benar merugikan. 75% dalam senarai lulus tetapi hanya 6 yang lulus penuh, melebih gred 2.00. Tak apalah, dah qada mereka.

Selain dari itu, cikgu juga mendapati ada dikalangan pelajar cikgu terkena penangan masalah ’selalu belajar lewat malam’.  Memang benar ada juga pelajar yang tetap cemerlang. Tetapi itu bergantung kepada tahap kesihatan, faktor cukup vitamin, faktor tidur berganti, dan IQ pelajar itu sendiri. Ianya tetap berisiko kepada pelajar averaga.

Berdasarkan laporan yang cikgu terima sebelum STPM lagi ada sesetengah pelajar yang suka belajar lewat malam tanpa mengambilkira faktor ‘cukup tidur’ yang tersangat penting dalam menjaga kecerdasan minda/otak pelajar. Berbanding individu yang bekerja yang hanya menumpukan kepada faktor tenaga fizikal, maka faktor kurang tidur tidak menjadi keutamaan kerana dengan pemakanan kabohidrat yang tinggi mampu meningkatkan tenaga individu berkenaan. Tetapi dalam pembelajaran, faktor utama ialah otak cerdas. Otak cerdas yang efisien memerlukan tidur optimum, antara 7-9 jam. Tanpa rehat yang cukup, individu pelajar terpaksa belajar lagi lama, berulang-ulang utk topik yang sepatutnya mudah, dan sebagainya.

Cikgu pernah menasihatkan perkara ini berulang-ulang tetapi jelas melalui prestasi pelajar ‘kategori bijak’ di dapati ada beberapa orang yang terkena penangan itu, suatu risiko yang telah cikgu jelaskan awal-awal lagi. No POINT, kalau rajin belajar tetapi tidak bijak menjaga masa tidur dan masa belajar, pelajar juga yang akan merasainya.

Apa-apapun kepada pelajar STPM 2008, dengarlah nasihat sifu di sini, pastikan ulangkaji dibuat dengan bijak dan faktor tidur mesti diberi perhatian serius, jika tidak, dalam masa peperiksaan dikhuatiri kebijaksanaan yang diharapkan akan hanya menjadi kedangkalan pemikiran.

Kepada calon STPM 2007 yang dah dapat keputusan, jangan risau sangat, di malaysia ini dah ada banyak IPTA/S, tetap ada tempat menjadi graduan, tinggal lagi adakah anda akan dapat tawaran bagi program yang anda benar-benar minati dan adakah ia universiti yang anda benar-benar idamkan. Tahniah kepada yang berjaya.

Keputusan STPM pada 11 Mac 2008

March 7, 2008

Keputusan STPM akan diumumkan awal sehari berbanding keputusan SPM. Kebiasaannya STPM hanya akan menyusul beberapa hari selepas SPM diumumkan, maka pengumuman kelmarin suatu yang mengejutkan. Petang khamis semalam, sifu baru sahaja selesai menghadiri taklimat persediaan penyerahan keputusan SPM yang akan dilangsungkan pada hari rabu minggu hadapan. Agenda kami tidak langsung menyebut STPM, mungkin kerana tiada pengumuman susulan, maka kami mengandaikan ia hanya akan diumumkan pada minggu berikutnya. Tetapi tak apa, sebagai kakitangan yang berpengalaman, perkara sebegini suatu perkara mudah kepada guru-guru. Apa yang perlu sifu buat ialah turut hadir pada tarikh 11 Mac itu, dan jika diperlukan akan menyumbang tenaga membuat persiapan.

Pelajar-pelajar bolehlah mengetahui keputusan mereka melalui perkhidmatan SMS yang disediakan.

Semak melalui SMS : taip STPM><No. K/P dan hantar ke 39003
On-Line : www.mpm.edu.my
mulai jam 12:00 tengah hari, 11 Mac 2008

Selamat berjaya kepada anak-anak murid kami.

SELAMAT TAHUN BAHARU CINA

February 7, 2008

Sifu mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kenalan sifu, baik secara individu mahupun melalui blog ini. Kepada semua pengunjung blog berketurunan Cina terutamanya, Gong Xi Fa Cai.

Kepada bekas pelajar (SPM2007 dan tahun sebelumnya) sifu seperti Chin Mui Shing, Chong Chau Shung, Tan Kar Yuan, Goh Chew Ping dan beberapa orang lain yang sifu dah lupa namanya, ucapan ini juga ditujukan buat anda semua. Juga pelajar sekarang seperti Fung Chit Siung, Wei Kee, dan lain-lain.

Mukasurat Bab 4 : Teori Permintaan Dan Pelakuan Pengguna

January 4, 2008

Cikgu dah mulakan koleksi mukasurat untuk bab 4 ini di sini.

Sebarang pertanyaan berkaitan bab 4 ini boleh dipos di mukasurat berkenaan.

Bab 4 : Teori Permintaan Dan Pelakuan Pengguna

January 4, 2008

Cikgu dah mulakan koleksi mukasurat untuk bab 4 ini di sini.

Sebarang pertanyaan berkaitan bab 4 ini boleh dipos di mukasurat berkenaan.

Merry Christmas and a Happy New Year

December 24, 2007

I wish a happy Christmas Day tomorrow for all my friends, my colleagues and all visitors of this blog with Christians faith.

A very merry Christmas.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

December 20, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada semua pelajar tingkatan enam dan pengunjung lain. Moga pengorbanan di tahun ini diberkati Allah SWT.

Artikel Menarik 01

November 30, 2007

Sila baca petikan akhbar ini, Utusan Malaysia, Jumaat 30/11/2007.

Untuk menstimulasi minda ekonomi anda, cuba jawab beberapa persoalan ini:

Dengan andaian ceteris paribus dan ciptaan terbaru itu dikomersilkan,

(i)     apakah kesannya kepada keluk kemungkinan pengeluaran pengeluaran barangan makanan dan barangan modal. (tips: rujuk bab 1)

(ii)    apa akan berlaku kepada harga dan kuantiti keseimbangan pasaran bagi barangan beras di Malaysia sedangkan permintaan adalah tidak berubah. (tips: rujuk bab 2-perubahan keseimbangan pasaran )

Antara Dua Darjat

November 25, 2007

Ekonomi STPM, do you want to take it or do you want to drop it. Itulah persoalan pelajar-pelajar. “Apa guna belajar subjek susah, sedangkan kita boleh ambil subjek lain yang senang, lagi senang dapat STPM.” kata pelajar A dengan yakin. “Wei, gila kau ambil eko, kau taukah berapa peratus orang yang dapat gred A? NONE!” sampuk pelajar lain.

Saya sebagai guru secara peribadi kerap berada dalam dilema. Nak paksa salah, biarkan mereka dengan idea cetek itupun, salah. Seumpama ‘ditelan mati emak, diluah mati bapa’.

Tapi dengan adanya blog ni, biar saya menerangkannya mengikut acuan dan gaya bahasa saya sendiri. Dah sedia? Okay baca di bawah.

Memang benar, tanpa ekonomi pun, boleh dapat STPM. MPM hanya mewajibkan 4 subjek minimum dan 5 subjek maksimum. Oleh itu tak salah jika pelajar hanya mengambil subjek ’senang’ seperti dalam senarai MPM. Disekolah kami, pelajar ditawarkan subjek-subjek seperti Pengajian Am, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, dan Bahasa Melayu. Kepada majoriti pelajar, subjek senang ialah… TIADA!!! Tapi subjek kurang susah ialah… bahasa melayu, geografi dan pengajian perniagaan sahaja. Pengajian Am dianggap susah tapi tak boleh drop sebab subjek wajib. Sejarah dianggap susah, ekonomi dianggap susah dan bahasa melayu(??!) dianggap susah. Oh, tahun ini, mula ditawarkan Sains Sukan. Susah? Tak tau pulak, sebab belum dengar lagi luahan rasa pelajar. Nasib baik (baca:Tak Baik) sekolah tak tawar kelas Matematik T/S. Gerenti top tersusah!

Jadi persoalannya, selain PAm, apa subjek yang paling sesuai dengan pelajar? Saya selalu nasihatkan pelajar, pilih subjek yang bernilai tinggi secara kolektif. Tapi itu memerlukan pelajar menjawab beberapa soalan dengan jujur dan berani .Nak masuk U ke tidak? Nak kerja terus ke tidak? Itu soalan yang perlu dijawab dan menjadi penentu keputusan anda. Dah tu kena jawab juga soalan-soalan sebegini: Kalau nak masuk U, U mana? Yang terkenal, ada prestij atau mana-mana U cukup. Atau nak masuk IPTA atau IPTS, nak berusaha dapatkan kerjaya yang gerenti dapat atau ‘tengoklah cikgu, apa keputusan STPM nanti, baru saya buat keputusan’. Nah, itu dia, setiap jawaban bagi setiap persoalan tadi boleh membantu pelajar merangka strategi belajar, malah gabungan subjek yang bernilai tinggi.

Gabungan subjek penting untuk meraih peluang lebih luas memasuki IPTA, dapat belajar di dalam program ijazah yang bernilai tinggi juga, bukan hanya semata-mata ijazah am. Senario pengangguran, keadaan ekonomi dan isu-isu pekerjaan lain yang tercanang di media sejak akhir-akhir ini sebenarnya mampu menjadi kayu ukur bagaimana pelajar meramal untuk kerjaya beliau 4-5 tahun akan datang. Tapi sejak tahan lepas, saya tak heran kalau semua pelajar masuk U. Ini kerana tahun lepas aje ada 8 IPTA diwujudkan melalui penaiktarafan kolej-universiti. Tahun lepas tahun bertuah, maka tahun ini pun akan sama juga. Maka persoalan itu mungkin sudah terjawab. Masalah mendapat tempat ke IPT dah berjaya dikurangkan oleh kerajaan, tinggal lagi program ijazah mana nak diikuti.

Kepada saya sebagai guru, pelajar lepasan STPM sepatutnya masuk ke ijazah, dan 3-4 tahun kemudian sepatutnya berstatus graduan, dan dah layak memohon pekerjaan. Tak pun, sambung belajar ke peringkat sarjana. But majoriti akan terus bekerja sebagai pemegan ijazah. Gaji tak akan kurang dari RM1500. Tapi ingat, zaman dahulu tak sama dengan zaman sekarang. Pekerjaan yang menarik kurang sedangkan graduan ramai, peluang perniagaan juga bagi sesetengah industri dah tepu. Oleh itu, kalau nak jadi graduan U dan mudah dapat pekerjaan menarik (gaji dan manfaat lain), pastikan anda berada dalam kelompok cemerlang dalam semua aspek, kemahiran berkomunikasi, kemahiran asas lain, motivasi kendiri, dan ijazah yang dipegang. Semua itu sekarang diambil kira dalam memilih siapa layak mendapat jawatan ditawarkan.

kembali kepada subjek apa nak ambil. Saya suka jika pelajar meninjau kelayakan kemasukanU terlebih dahulu.

Program Ijazah di UPM | Program Ijazah di UiTM |
Program Ijazah di UMSabah – kelayakan masuk , kursus ditawar |
Lain-lain U klik sini.

Bila dah puas cari, buat satu kesimpulan, dan subjek apa yang terbaik untuk anda. Saya selaku guru, dah tentunya melihat aspek ini secara terbuka, tapi yang pasti Ekonomi merupakan salah satu subjek bernilai tinggi jika pelajar ini menceburi bidang pengurusan dan pentadbiran, ijazah berasas ikhtisas, atau ijazah sains gunaan. Untuk program-program keguruan, ekonomi stpm tidak disenarai sebagai terpenting ada subjek lain boleh menggantikannya.

Secara umum, melalui research online yang saya dah buat sejak bulan Jun 2007 yang lepas, kedudukan subjek tertinggi nilai adalah seperti berikut (dari tertinggi ke terendah):

Subjek Sains Tulen STPM (Fizik, Kimia, Biologi),
Matematik T/S,
Ekonomi,
Geografi,
Sejarah,
Perakaunan,
Bahasa Melayu,
Pengajian Perniagaan,
Subjek Lain.

Konsep menarik dalam ekonomi ialah Seseorang individu akan berusaha memenuhi dan memuaskan kehendaknya yang tak terhad sedangkan faktor ekonomi adalah terhad. Rasanya semua orang nakkan yang terbaik. Tapi selalunya faktor penghalang akan wujud. Selain pelajar, pihak universiti juga perlu memenuhi matlamat organisasi mereka yang juga tidak terhad, sedangkan sumber pelajar cemerlang terhad. Jika diambil kira pengumuman Menteri MOHE, kita sepatutnya boleh mengagak, mulai tahun ini, IPTA tergerak/terpaksa/teruja untuk menaikkan status mereka menjadi IPT yang berstatus cemerlang. Setakat ini hanya USM yang berjaya mendapat tangga teratas (4 bintang), IPTA lain status 3 bintang. Apa fikiran anda pelajar sekalian? Bagi saya, ini bakal menunjukkan IPTA berebut-rebut mendapatkan pelajar-pelajar cemerlang, kerana hanya pelajar sebegini akan mampu membantu menaikkan taraf Universiti. Apa gunanya infrastruktur yang hebat jika pelajar/siswazah yang belajar di sana tidak dapat manfaatkan semuanya. Itu adalah pertimbangan mudah kepada kita orang biasa. Tapi yang pasti, jika diberi pilihan, IPTA akan berusaha mengambil pelajar-pelajar Ijazah yang mempunyai gred terbaik selain dari kualiti lain. Regadless of what MOHE says, majoriti anda akan menjual diri anda kpd IPTA melalui kekuatan kurikulum. Tak ramai orang akan dapat ko-kum tertinggi kerana tak semua boleh bertanding, tak semua boleh menjadi juara, dan tak semua boleh menjadi ketua kelab/persatuan/unit beruniform dalam satu-satu masa. Kalau dah ramai dapat gred cemerlang pun, pakej subjek diambil itu akan diambil kira utnuk mencari bakal graduan yang ‘the best among the best’.

Jadi kepada pelajar yang strategist, dan bercita-cita yang realistik, ini peluang anda untuk meningkatkan kualiti anda. Realitinya ini peluang kedua anda selepas SPM mencipta sesuatu yang terbaik dan membanggakan diri sendiri. Keputusan anda sekarang boleh memudahkan atau menyukarkan peluang anda mencipta atau menjayakan cita-cita anda.

Tak ada cita-cita? kalau bgitu, biarlah cikgu anda membantu anda membentuk cita-cita kamu. Tak ada matlamat, biarkan cikgu kamu membimbing mencipta matlamat itu. Ini kerana tanpa cita-cita dan matlamat diri, selalunya menyebabkan pelajar leka, kurang motivasi, dan kecenderungan yang rendah.

Kesimpulannya, pilih subjek yang susah tak berbaloi jika tiada kemampuan. Tetapi jika mempunyai keberanian maka subjek susah sepatutnya dipelajari dan diceburi. Mesti berani menawarkan diri untuk berjaya, dan mengubah persepsi sedia ada. Pemikiran cetek tentang masa depan kerap kali menggagalkan diri kita. Gagal melihat masa depan akan mengurangkan momentum diri untuk kehadapan. Pelajar-pelajar sekarang, dalam era internet, sepatutnya lebih mudah meramal masa depan. Banyak maklumat boleh diperoleh yang boleh membantu anda membuat keputusan. Cubalah google  tentang ramalan atau unjuran ekonomi negara, keperluan buruh negara bagi tempoh 5-10 tahun akan datang. Tentu anda akan terbuka mata. Dah cari? amacam? Carilah, insyaallah akan dapat bayangan yang cikgu maksudkan.
Jadi apa subjek nak ambil cikgu? Dah tentu saya sebagai guru menggalakkan anda mengambil dan mempelajari Ekonomi.  Kalau boleh, saya nak suruh anak murid saya belajar dan cemerlang dalam subjek Matematik S/T. Tapi malangnya di sekolah kami, subjek ini tidak ditawarkan. So perkara kedua terbaik selepas itu (konsep kos lepas), jika anda dah bersedia, ayuh, pelajar Ekonomi STPM dengan jujur, berkeyakinan tinggi dan berani mengubah nasib.