Sifu akan cuba memberikan contoh soalan dan jawapan yang munasabah dan boleh memperoleh markah maksimum. Ianya hanyalah pandangan peribadi sifu, jika tersalah maklumat maafkan sifu. Sebelum itu, silalah baca tips umum menjawab esei di sini. Lepas tu baru kita bincangkan secara khusus mengikut bahagian.
Bahagian B – Esei Ringkas/Pendek
Bahagian C – Esei Panjang
Bahagian D – Kuantitatif
saya minat ngan ekonomi,tapi tak berapa nak paham ngan keluk…mcmne nak kasi ingat punyeee-tq
Nurul Syaidah,
banyakkan melukis keluk sambil membaca keluk. Keluk ini umpama juga peta atau lakaran dalam geografi atau sejarah. Awak gunakan peta untuk menceritakan atau menghuraikan sesuatu fakta. Dalam Eko pula keluk ialah alat komunikasi penting juga. Melalui keluk awak dapat menyatakan fakta dengan lebih mudah. Kepada sifu, untuk megingati keluk, mulakan dengan melukis semula berulang kali mengikut urutan huraian atau tulisan dalam buku. Sifu ambil contoh keluk AC, MC, AVC, P=AR=MR yang dipelajari dalam bab PPS.
Sambil awak baca mula melukis setiap satu keluk, pastikan awak mengikuti bagaimana buku itu menghuraikannya.
Praktis lagi.
Untuk lulus A baca buku teks dengan baik.
Buat latihan topikal selepas setiap bab.
Jangan sekali-kali mencipta idea sendiri atau mereka-reka teori baru
Semua jawapan ada di buku teks
Terima kasih Penasihat di atas nasihat tersebut.
>kalu bce bulat2 ikut buku teks bleh ingt ker…?
>sy tkut sy x ingt…!
sy x suke study bhgian keluk AC,MC,AVC…
>sbb sy x ingt..
>mcm mne nk skor bhgian 2..???
wani,
kalau awak baca buku teks dengan kaedah yang biasa tu… baca aje, baca aje, baca aje, dan baca aje, sifu rasa tak ramai mempunyai daya ingatan fotografik (photographic memory). Membaca mesti dengan teknik belajar yang betul, barulah dapat membantu. Tetapi ya, jika anda dari golongan mudah mengingat seratus peratus, buku rujukan Longman-Pearson tu, nota dia adalah jawapan soalan yang lengkap.
Wani,
Jika awak ada tindak balas negatif, memanglah susah untuk belajar. Bahagian tu paling senang, dan mudah diingat tetapi sukar untuk sifu terangkan hanya melalui blog ini. sifu cadangkan Wani baca, lukis, fahami penerangan dengan melihat-membaca lukisan keluk-keluk itu langkah demi langkah, sifu yakin Wani akan terkejut bahawa Wani faham.
saya ske sngat ngan eko..tp kekadang rse macam xleh nk scor je..
Shikin,
pastikan dalam tempoh 2 bulan ini awak tanam pemikiran positif. Tanamkan dalam diri bahawa anda dah nak habiskan tempoh pengajian dalam T6, adakah anda akan sia-siakan tempoh 1 1/2 tahun ini ke arah pencapaian sederhana sahaja atau nakkan kejayaan yang boleh dipuji dan diterima masuk ke IPT dalam bidang yang paling bernilai tinggi.
Sekarang ini ramai org berjaya masuk ke IPTA melalui STPM tetapi program ijazah yang diikuti tidak pula diminati. Kenapa ia berlaku? Kerana kelayakan STPM yang ada pada diri mereka layak untuk mohon universiti tetapi tidak layak untuk mengikuti pengajian ijazah yang paling bernilai tinggi (peluang kerjaya tinggi). Ada banyak contoh yang boleh sifu tulis di sini tetapi jika ditulis hanya akan membuka perdebatan yang negatif, so cukup sifu katakan bahawa awak mesti dapatkan keputusan STPM yang terbaik untuk anda kerana anda nak masuk ke ITPA terbaik untuk anda dan anda nak ikuti ijazah yang terbaik untuk anda. Jika anda memperoleh ala kadar, maka terimalah hakikat, anda mungkin juga akan buang masa di IPTA belajar bidang yang anda tahu ala kadar sahaja.
d saat2 akhr ni cam na nak mghafal bahagian soalan esei dgn btul.
Asma,
Berlatih merancang rangka jawapan esei yang mencukupi dengan markah yang ditawarkan/diberi.
Jika esei pendek yang hanya 6 markah, adalah selamat jika awak andaikan selalunya ia memerlukan 6 point atau 3 point dengan nilai 2 markah setiap satu, 1 markah utk isi 1 markah utk huraian setiap satu.
Jika soalan menghendaki rajah, maka lukis keluk dengan tepat, kemas dan cantik. Awak mungkin akan memperoleh 2 markah utk rajah yang betul, dalam hal esei panjang pula.
sifu sy xfaham la buku mikroekonomi sy…bley x sifu cdngkan buku mikroekonomi ape yang patut sy bli…sy jgk belaja lam bi…mmnimkan kpale ohs…dr skul dlu dlm bm….huhu
lh trg kn x bab 10 kaitan oligopoli
sy ska eko tp bhgian nie ssh cgt,,
keluk!!!
cm mna nak ingt 2??
i always rmind my students to read alot, n discuss with teacher or friends, praktis kluk2, bl baca, baru dpt isi, br blh tlis esei
Wanchu09,
Thank you for the comment. Would you like to contribute to this blog as a teacher or do you already have your own websites or blog related to microeconomics.
salam sifu..
bila sifu nak bg panduan utk 2009 pula?
panduan yg pjg mcm thun lpas pnye 2?
hehe..
Farah,
Hmm, tak janji tapi jika ada idea akan ditulis.
wawa!saya bru msuk form 6..x reti lah microekonomi ni ape..
Emily,
Biasalah benda baru. Biasakan diri dahulu. Ingatkan diri selalu bahawa awak bukan pelajar sekolah BIASA. awak pelajar sekolah setaraf PRA-IJAZAH. kalau pelajar kat matriks dan asasi akan pressure belajar, jangan expect awak pula belajar senang-senang tapi lepas tu terus masuk U. Pelajar STPM akan bersaing secara langsung dengan pelajar matriks dan asasi untuk tempat di IPTA. Tak percaya? Layarilah lamanweb mohe.gov.my dan tengoklah apakah kelayakan memohon ijazah. STPM akan ‘head-to-head’ dgn budak matriks dan asasi. Masing-masing kena bawa CGPA masing-masing.
Semoga berjaya.
sy perlukan soalan2 mikroekonomi tahun2 lepas…….
kt mna nk cr? selain dr bku……
harap2 ada la panduan utk 2009 sifu…
especially yg expect tjuk yg slalu keluar yg sifu tulis 2..
sy hrap sgt..hehe..
sye nk tnye sket…kalo sye bce buku rjukan ntok eko nie..adkah kndungan intipatinya sme ngan buku teks eko??
buku teks ekonomi stpm tak wujud. Semua buku yang ada adalah buku rujukan yang diangkat sebagai buku utama (buku teks) mengikut keselesaan guru yang mengajar.
salam…
sifu, sy takut r nk xm eko nnti…
sifu, sy hnye dpt 30 lbh time mid year ari 2…
rse truk sgt..huhu..
Farah,
Bahagian mana yang awak jawab dan berapa markah setiap soalan? Topik apa yang awak selalu problem? Atau problem awak tidak lebih daripada kualiti jawapan? Sila maklumkan sifu.
sy hnye dpt 39 je mikro, hampir prinsipal…
bhg objektif sy ok, sbb sy dah 1 minggu stdy bhg tu shj..
bhg b, 5 1/2 markah je dpt n sy jwb 4 soklan je situ..
bhg c sy dpt 2m..bhg d, dpt 10 1/2m je…
sy x tau la topik mne yg sy problem..topik mne slalu kuar sifu?
maybe problem sy dlm kualiti jwpn kot..
salam..
sifu..cmne yea nk skor bhgian esei pnjg ngn pndek..
exm mid year ri2..trok sgt..
esei pndek sy ley jwb 3 dri 5..2 pn x sume btol..
esei pnjg ag la trok..
tolg sye sifu..
TOLONG TAIP PENUH PERKATAAN DALAM PERTANYAAN ANDA SEMUA. SIFU NAK KUATKUASAKAN SEKARANG NI.
SIFU TAK NAK LAYANLAH ORANG YANG SUKA SINGKATAN NI.
ok sifu…sorry…
diharap sifu dapat respon daripada reply saya diatas!
PLEASE, NO SINGKATAN OR SHORT-TYPO, OR I WILL DELETE THE QUESTION WITH SHORT-TYPO (SMS-STYLE).
ok, saya lupa..
sorry…
apa masalah dan kelemahan saya dalam mikro?
saya kalau boleh nak B untuk TRIAL STPM…
Farah,
Apa soalan awak? Nyatakan semula.
ok…
saya hanya dapat 39 sahaja mikro baru ni, yang pertengahan tahun…
bahagian objektif , saya kira boleh buat la juga. sebab saya sudah study 1 minggu bahagian itu sahaja sebelum exam…
bahagian b, saya jawab 4 soalan dapat 5.5 markah…
bahagian c, kalau tak silap saya jawab satu soalan sahaja dan hanya dapat 2 markah sahaja.
bahagian d, saya dapat 10.5 markah sahaja.
saya tak tau la topik mana yang saya problem..
topik mana yang selalu kuar dan patut saya tekankan sifu?
boleh tak saya nak capai A, untuk subjek ni?
berdasarkan keputusan saya setakat ni.
Farah,
Untuk peperiksaan dalaman, anda haruslah mendapatkan maklumat dari guru secara langsung tentang apakah topik yang hendak diuji.
Tetapi umumnya, awak mengalami masalah penguasaan dan kualiti jawapan.
Just remember, awak belajar di Pra-U/T6 dan matlamat pembelajarannya, antara lain, menghasilkan siswa (pelajar T6) yang berilmu, berfikiran luas, membentuk pemikiran kritis dan kreatif. Oleh itu, dalam menjawab soalan esei, baik esei pendek mahupun esei panjang, pastikan anda tahu agihan markah dan apakah sebenarnya yang ditanya.
ramai pelajar menjawab soalan, tetapi jawapan terlalu panjang untuk satu-satu isi (tapi pelajar fikir dan bagi 4-5 isi), atau isi diberi tak relevan langsung.
Untuk capai A? Fokus kepada kemahiran menulis esei pendek dahulu. Baca dengan teliti analisis soalan STPM yang ada di dalam buku Longman Pearson yang terkini, dan perhatikan apakah bab paling popular dan kekal popular. Umumnya, oleh kerana mikroekonomi berpaksikan kepada masalah penentuan harga, maka soalan-soalan dari bab permintaan-penawaran dan keanjalan permintaan dan penawaran wajib di tanya. Mungkin melalui bab ini, awak boleh mendapatkan markah 10-15 markah (objektif + esei). jangan lupa tentang subtopik Perubahan Permintaan – penawaran (permintaan pasaran).
Juga topik kos pengeluaran, Pasaran-pasaran berkaitan adalah topik yang gerenti diuji. Mungkin oligopoli boleh diabaikan atau baca sekejap sahaja, kerana selalunya hanya ada 1-2 soalan. teori agihan juga kurang ditanya tetapi jika ditanya dalam kuantitatif sememangnya mencabar tetapi julat markah antara 10-15 markah juga (objektif + esei).
Dari segi strategi, bab teori agihan bolehlah dikemudiankan (pandangan peribadi sahaja) sehingga anda menguasai bab-bab utama lain.
thanks a lot sifu…
salam cg…
sy tiada masalah ttg eko but ni baru la dpt jwb komen t’hdp blog sy so cg nk sy jwb sinikan…
speech sy tu time final utk sbjct public speaking in my first sem & sy dpt A.. I’m among the best in this subject & lecturer like my topic coz is very high taf topic as a student…
so how about u opinion in my speech…
Putera Aliif,
1. It’s a critical view which most student will try to avoid. So, as for you, it is an excellent job.
2. I love the confidence level that you got. Congratulation for the Grade ‘A’ .
3. Probably you should publish your speech in written form as well and post it in your blog. Credit due to you.
contoh jawapan bagi soalan di bawah:
Apakah sebab-sebab kerajaan campur tangan dalam ekonomi? [10]
Jawapannya:[M=markah]
[ mesti 5 isi dengan 2M(arkah) bagi setiap isi]
Bagi setiap isi diberi 1/2 M dan huraian 1 1/2M.
Mulakan setiap isi dengan perenggan baru
Menyediakan brg awam (1/2M- isi, 1 1/2M huraian]- dalam 1 perenggan
Mengawal monopoli (1/2M -isi, 1 1/2M huraian] – dlm 1 perenggan baru
Wujud agihan pendapatan adil ( sama di atas dari segi agihan markah).
Wujud kestabilan ekonomi/harga (spt di atas dari segi agihan markah)
Mengawal kesan luaran negatif (spt diatas dari segi agihan markah)
Ikut cara menjawab penasihat politik ekonomi akan selamat dunia akhirat.
farah Says:
ok…
saya hanya dapat 39 sahaja mikro baru ni, yang pertengahan tahun…
bahagian objektif , saya kira boleh buat la juga. sebab saya sudah study 1 minggu bahagian itu sahaja sebelum exam…
bahagian b, saya jawab 4 soalan dapat 5.5 markah…
bahagian c, kalau tak silap saya jawab satu soalan sahaja dan hanya dapat 2 markah sahaja.
bahagian d, saya dapat 10.5 markah sahaja.
saya tak tau la topik mana yang saya problem..
topik mana yang selalu kuar dan patut saya tekankan sifu?
boleh tak saya nak capai A, untuk subjek ni?
berdasarkan keputusan saya setakat ni.
Post
Ulasan
1. Anda tidak baca buku tetapi hendak lulus. Bacaan tidak teliti.
2. Rajah salah lukis
3. salah taksir soalan
Bah terima kasihlah Penasihat Politik Ekonomi di atas soalan dan skema markah di atas, juga ulasan atas masalah Farah.
selalu-selalulah menulis di sini, no problem punya.
salam sifu .. sy calon STPM 2010and dah mula minat dgn mikro .. sbbnya , makin hari saya makin faham ape yg diajar oleh cikgu sy .. tp baru2 ni baru masuk bab3 , tp sy x brapa nak keanjalan dd ..
Beep, maksud awak tak berapa nak faham?
Mulakan dengan melukis gambarajah dan buat nota untuk ditampal di dinding.
Bab keanjalan ini, lebih baik jika awak dapat hubungkait nilai keanjalan dengan jenis barang. Contoh Anjalan pendapatan boleh dikaitkan dengan barang mewah, barang bawahan dan sebagainya.
sifu..nak tnya bab apa yg paling sukar dlm mikro?? and kat u pun sma jga ka yg dpelajari??and Hanya p.m shaja mdpat ULN dlm jnka pjang??
Debbie,
mengikut teori, sememangnya hanya PM boleh mencapai ULN walau dalam jangka pendek dan jangka panjang.
Bab paling sukar? Sukar nak jawab sebab ia bergantung kepada siapa yang awak tanya, amat subjektif. Sifu berpendapat bab yang mencabar kefahaman ialah bahagian teori kelakuan pengguna dan juga teori agihan. tetapi sebenarnya silibus STPM tidaklah terlalu mendalam dan tidak sesukar yang ditanggap oleh pelajar. Cuma lagi dalam mikro, pelajar mesti mengupas teori dengan TEPAT, bukannya ikut sedap sendiri.
Salam. Tahniah! kerana menghasilkan blog ini. Saya juga guru mikro. Saya suka blog ini yang kali pertama saya buka semalam. Saya harap sifu2b akan teruskan usaha demi kecemerlangan subjek ekonomi khususnya dan kejayaan pelajar amnya. Harap kita boleh berkongsi pengetahuan dan kemahiran. tq