Esei Ringkas – Bhgn1

Contoh soalan

Bagaimana seseorang individu dapat menyelesaikan masalah kekurangan? [3m]

Tips menjawab:

a. Tips Guru-ingati perkara ini:

  • kekurangan berkaitan masalah ekonomi-kurangan, pilihan, kos lepas
  • Walaupun ditanya ttg kekurangan, pelajar mesti bangkitkan mslh pilihan dan kos lepas kerana ia saling berkait
  • 3m maka hanya nyatakan ketiga-tiga secara mengikut urutan.

b. Rangka Jawapan yang mungkin

  • punca kekurangan-pendapatan terhad tapi kehendak tak terhad
  • cth 2 barang, barang A dan barang B (atau barang X dan Barang Y)
  • Nak beli 2 barang tapi mampu 1 brg shj (kekurangan)
  • pilih barang A dan lupakan barang B (pilihan)
  • barang B kos lepas utk barang A

c. Skrip Jawapan yang boleh diterima (cadangan sahaja)

Individu pasti mengalami masalah kekurangan akibat sumber pendapatan terhad sedangkan kehendak tidak terhad. Katakan individu tersebut ingin meminta dua jenis barang, Barang A dan barang B. Akibat kekurangan pendapatan, individu itu hanya boleh membeli salah satu. Untuk mengatasi masalah kekurangan itu, individu itu terpaksa hanya membeli satu jenis barang, katakan memilih barang A. Maka dia terpaksa lupakan atau lepaskan barang B. Penggunaan barang A lebih memberi kepuasan berbanding barang B. Tingkah laku melepaskan barang B yang merupakan barang kedua terbaik itu menyebabkan kos lepas berlaku. Dengan kata lain, individu terpaksa membuat pilihan meminta satu jenis barang sahaja, tetapi kesannya berlaku pula kos lepas.

Nota: MOHON KOMEN lanjut dari mana-mana guru berpengalaman atau pelajar sendiri. Untuk makluman, sifu BUKAN pemeriksa kertas tetapi hanyalah guru biasa yang juga cuba memahami kehendak pemeriksa STPM.

32 Comments

  1. 1
    may Says:

    mcm mne pulak klu nak cuba dpat kan
    markah penuh?
    kadang2 ada soalan yg sbnr nya
    mintak kita lukis keluk la ape2 la
    hmmm

  2. 2
    sifu2b Says:

    May,
    Setiap ilmu ada batas dan intipati tersendiri. Matematik contohnya mempunyai pengisian dan batas ilmu yang berbeza dengan ilmu bahasa. Malahan ilmu bahasa yang berlainan juga mempunyai pengisian, batasan ilmu dan konsep yang berbeza-beza. Samalah juga dgn subjek Eknonomi, tak boleh disamakan dengan subjek Sejarah atau Geografi atau Sains Sukan, kerana batasan atau ruanglingkup wadah ilmu serta intipati dan istilah dan kemahiran masing-masing berbeza.
    Dalam hal Ekonomi, penyampaian/komunikasi fakta atau pendapat boleh diringkaskan dengan lukisan rajah seperti keluk, kerana ia lebih mudah, fleksibel dan jelas berbanding semata-mata menggunakan perenggan ayat. Begitu juga ilmu geografi, lebih mudah jika penerangan sesuatu batas perbincangan itu disampaikan dalam bentuk rajah atau lukisan yang sesuai seperti peta, dsb. Seperti juga perakaunan yang mana komunikasi maklumat adalah dalam bentuk bernombor dalam format yang telah ditetapkan. Selagi seseorang itu menceburi, mempelajari sesuatu batas ilmu itu, maka ia mesti bersedia terikat dengan konsep, cabang ilmu, ruang lingkup perbincangan ilmu tersebut dan aplikasi setiap ilmu.
    Jika May ingin pastikan dapat perolehan markah yang maksimum, May mesti menguasai dahulu topik yang ditanya dan mahir melukis keluk yang relevan.
    Ambil contoh, soalan berkaitan pasaran persaingan sempurna. Keluk yang terlibat hanya ada 6, 3 keluk melibatkan jangka masa pendek bagi keadaan Untung normal, untung kurang normal dan untung lebih normal, 3 keluk berkaitan jangkamasa panjang. Adalah penting May mahir melukis keluk tersebut DAN menerangkan semula.
    Jika May perhatikan baik-baik soalan STPM, soalan utk bab ini ada ‘pattern’ atau kecenderungan yang serupa dari tahun ke tahun, iaitu berfokus kpd tindak balas Firma dlm jangka masa panjang apabila berlakunya ULN atau UKN, selain soalan esei menghuraikan keadaan UN, UKN, ULN dlm Jmasa pendek. Sebenarnya ia mudah. Yang menjadi masalah pelajar ialah apabila soalan itu tidak memberikan soalan ‘direct to the point’. Dalam hal PPS ini pelajar mesti menggunakan semua perkaitan yang dipelajari iaitu:
    P = AR = MR
    MR = MC

    Maka, Jika diberi MR sahaja dan ditanya berapakah jumlah hasil, pelajar sepatutnya menyedari bahawa utk mengira P x Q = TR, gantikan P dgn MR yang diberi, iaitu MR x Q = TR kerana MR = P juga. Nampak tak kegunaan konsep ini?
    kenapa mesti belajar shortcut? kerana firma bila nak buat keputusan, ia mesti buat dgn pantas tetapi tepat. Cara terbaik buat masa kini ialah mendapatkan pengurus-pengurus yang juga mampu berfikir dan membuat keputusan pantas. Selalunya pengurus-pengurus ini mesti buat keputusan yang berkaitan dgn pengurangan kos disamping meningkatkan keuntungan maksimum. Dalam hal ini, pendekatan MR dan MC adalah terpantas. Dengan menggunakan program Excel pun boleh. Jika May ingin berjaya menjadi pentadbir, pengurus (apa peringkat dan sektor pun), subjek ekonomi ini akan membantu anda, bukan sahaja kerana keputusan STPM yang cemerlang itu tetapi kerana ilmu yang dipelajari itu boleh dipakai secara terus di dalam bidang pekerjaan.

  3. 3
    ieyna Says:

    hai sifu, sy nk exam taun ni, sy kurg fham cmne nk bina keluk2. klau ade soalan yang kena lukis keluk, saya ase mcam 1 masalah yang besar. bleh x sifu bantu saya..

  4. 4
    sifu2b Says:

    ieyna,
    Awak mesti perbaiki lukisan keluk awak. Ia adalah salah satu KAEDAH KOMUNIKASI ilmu ini, sama seperti PETA penting dalam ilmu Geografi. Sifu hanya boleh menasihatkan Ieyna supaya:-
    i. cepat-cepat kikis pemikiran negatif itu – tak sesuai untuk pelajar Pra-U.
    ii. bertindak cepat dengan belajar DAN melukis keluk yang mesti ada dalam jawapan.
    iii. Ketahuilah keluk diminta dalam soalan Esei Panjang dan Kuantitatif. Kadang-kadang aje dalam esei pendek. Oleh itu, mustahil awak akan lukis lebih dari 20 keluk. Mungkin 4, mungkin 5 sahaja, itupun jika awak pilih soalan itu.
    iv. Komited. Jika awak dah pasti bakal memilih soalan yang berkaitan keluk, rancang ulang kaji anda dengan memastikan anda turut berlatih menyediakan keluk. Jika anda pasti anda bakal mengikuti larian 110m berpagar, takkan anda berlatih berlatih pecut sahaja, dan tentulah berlari pecut DAN lompat pagar. So, sama juga ketika ulang kaji, simulasikan keadaan secukup-cukupnya.

  5. 5
    ieyna Says:

    sifu, bagaimana pula nk dpt mrkh pnuh?? jwb pnjg2 pn xpenah dpt mrkh pnuh..

  6. 6
    sifu2b Says:

    Ieyna,
    Ia memerlukan penguasaan topik. Kalau dari 10 markah tu dapat 8, itupun dah baik dah. Jika kurang dari 5, maka Ieyna terpaksa bekerja keras untuk kutip banyak markah sikit-sikit dari BANYAK jawapan.

    Esok sifu akan terangkan maksud sifu di atas. Ada artikel yang sifu tulis untuk rujukan pelajar. Esok atau lusalah

  7. 7
    ieyna Says:

    tanx sifu.. ieyna akan try mguasai sume topic.. xsbr nk bca artikel sifu 2.

  8. 8
    sifu2b Says:

    Ieyna,
    Artikel itu telah sifu poskan. Anda boleh dibaca dengan mengklik di sini.

  9. 9
    redkapet Says:

    Cadangan jawapan:

    Individu menghadapi masalah kekurangan sumber pendapatan sedangkan mempunyai kehendak yang tidak terbatas. (1m)
    Bagi mengatasi masalah kekurangan sumber, individu terpaksa membuat pilihan yang memberikan kepuasan maksimum kepadanya. (1m)
    Jika individu mempunyai RM10 dan ingin membeli barang X atau barang Y, individu terpaksa membuat pilihan yang memaksimumkan kepuasan, jika memilih barang x, makan barang Y adalah kos lepasnya dan sebaliknya (1m).

  10. 10
    sifu2b Says:

    Redkapet,
    Terima kasih. Jawapan anda juga amat sesuai.

  11. 11
    mardiah Says:

    hye sifu..saya tertarik dengan teknik-teknik yang sifu berikan.terima kasih…saya menghadapi masalah untuk memahami kehendak soalan..boleh tak sifu terangkan?

  12. 12
    sifu2b Says:

    Mardiah,
    Selalunya dalam mikro, soalan yang diajukan adalah soalan yang jelas, direct to the point. calon selalunya boleh mengagak apakah kehendak soalan dengan membaca dengan teliti. Calon pasti akan dapat mengetahui ia adalah soalan untuk bab atau topik apa.

    dalam Mikro, soalan esei pendek akan fokus kepada penguasaan teori. Awak hanya perlu MENYATAKAN.

    Soalan dalam esei panjang pula mengharapkan calon menguasai bab tertentu. ia selalunya disusuli dengan perkataan ‘bincangkan, terangkan.

    Soalan kuantitatif pula, hanya separuh dari setiap soalan akan fokus kepada pengiraan, selepas itu ia akan meminta pernyataan ringkas.

    TIP : pastikan dalam esei panjang dan kuantitatif anda turut menulis kesimpulan.

    kerap kali calon akan meninggalkan pengiraan tergantung, seperti jawapan matematik. dalam mikroekonomi, setiap pengiraan mesti disimpulkan dalam sebaris perkataan.

    Contohnya, selepasa menghitung keanjalan permintaan silang, anda dapat nilai E = 3. Maka anda mesti tulis kesimpulan seperti berikut:
    “Kesimpulannya nilai keanjalan permintaan silang adalah positif yang menunjukkan barang tersebut adalah barang pengganti.” tanpa kesimpulan awak akan kerugian 1-2 markah terakhir bagi setiap soalan.

  13. 13
    rey Says:

    jawapan cadangan…mohon komen sifu..

    Individu menghadapi masalah kekurangan sumber pendapatan untuk memenuhi kehendak terhadap barang dan perkhidmatan yang tidak terhad [1/2 m]. Oleh itu individu terpaksa membuat pilihan terhadap barang dan perkhidmatan yang dapat memberikan kepuasan yang paling maksimum [1/2 m]. Tindakan ini menghasilkan masalah kos lepas iaitu barang dan perkhidmatan pilihan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan [1/2 m]. Andaikan individu A mempunyai wang RM 20 yang boleh membeli barang X atau barang Y. Individu A terpaksa memilih barang yang dapat memberikan kepuasan yang paling maksimum. Jika pilihan adalah barang X maka kos lepas individu A ialah barang Y [1 1/2 m].

    • 14
      sifu2b Says:

      Rey,
      Berapa markah penuh soalan ini?
      Mengikut pengalaman dan kursus yang pernah diikuti, jawapan ringkas sebegini sememangnya masih layak dapat markah yang Rey nyatakan di atas kecuali bahagian 1/2 markah yang pertama tu. Ini disebabkan Rey tertinggal perkataan terpenting “…sumber pendapatan…TERHAD…”

      Juga dalam bahagian contoh, adalah lebih kukuh jawapan anda jika nyatakan juga harga barang X dan barang Y supaya jelas bahawa individu A tak boleh beli kedua-duanya. Contoh yang sifu boleh beri, “Andaikan individu A mempunyai wang RM20 sahaja sedangkan beliau ingin membeli dua jenis barang, barang X dan Barang Y yang masing-masing berharga RM17 dan RM15 ringgit setiap satu. Oleh itu individu A terpaksa memilih salah satu barang yang dapat memberikan kepuasan yang paling maksimum. JIka pilihannya adalah barang X maka kos lepas individu A ialah barang Y, RM15.”

      Contoh lain yang lebih selamat, sama seperti di atas tetapi dengan sengaja Rey nyatakan harga barang X dan Y masing-masing bernilai RM20 juga. Contoh di atas sekadar nak pengaruhi pemeriksa bahawa awak faham konsep itu, mudah-mudahan apabila ada persepsi positif terhadap calon selepas itu, maka lebih MURAH REZEKI mereka dapat markah dalam soalan-soalan yang lain. HEHEHE, ini antara trick yang sifu dapat fikirkan dan pernah disuarakan kepada student sifu. Jangan biar pemeriksa terfikir hal negatif tentang awal di awal soalan esei. Selalunya soalan sebegini terletak di Bahagian B soalan 1 atau 2. Itu adalah analisis sifu. Jadi dia penting utk pancing perhatian pemeriksa.

  14. 15
    rey Says:

    TQ sifu…

  15. 16
    rey Says:

    sori…lupa..markah penuh 3m

  16. 17
    nurul Says:

    mcm mn klu kt tak faham soalan yg diberikn?…hmm..risau la…

  17. 18
    sifu2b Says:

    Nurul,
    Ketidakfahaman tentang satu-satu soalan ada kaitan dengan ketidakfahaman tentang topik yang dipelajari. Sebagai pelajar Pra-Ijazah (atau pra-u), awak mesti ambil inisiatif dengan cepat dan pantas untuk memahamkan topik berkaitan. Seperti juga pelajar matriks, asasi mahupun diploma yang sedang dalam kemelut yang sama, adalah perlu pelajar STPM tidak terperangkap dengan situasi ‘dalaman sekolah’. Hanya kerana pelajar T6 berada dalam sekolah, janganlah pula tingkah laku siswazah STPM macam pelajar T3-T5, yang ada antaranya bila tak faham terus tutup buku atau terus give-up. Berbincang dengan guru, terangkan kepada guru masalah awak, dan fokus kepada kualiti jawapan awak ketika mengadakan kelas bimbingan khusus (atau tutorial).

  18. 20
    moja Says:

    bley x sifu terangkan mcna nk stdy ekonomi dgn efisyen

  19. 21
    sifu2b Says:

    Moja,
    1. Pastikan awak ada buku rujukan LENGKAP. Beli buku Ace Ahead terbitan fajar oxford; atau terbitan Longman Pearson, atau buku terbitan Arah Pendidikan- ketiga-tiganya pada pandangan sifu amat BAGUS.
    2. Beli buku MCQ dan Q&A terbitan Longman Pearson-memangnya koleksi soalan STPM sebenar tetapi setakat tahun 2005 kerana lesen penerbitan telah beralih tangan dari Longman Pearson ke Fajar Oxford. Kedua-dua buku tersebut AMAT BAGUS kerana set jawapan cadangan yang disediakan AMAT menepati kehendak kualiti jawapan esei STPM.
    3. Setiap kali tamat kelas ekonomi, terus baca semula bab atau topik yang telah dibincangkan dan bacalah buku Q&A itu untuk mengetahui aras kesukaran soalan yang pernah ditanya dalam STPM dan ketahui kehendak jawapan melalui contoh jawapan yang disediakan oleh Longman Pearson tadi.
    4. Berlatih jawab soalan esei pendek dan esei panjang serta kuantitatif dari semasa ke semasa mengikut panduan buku-buku di atas, seumpama anda warming-up untuk kejohanan sukan gamaknya.

    INFO (dari rakan guru lama):
    Ramai yang dapat A kerana ikuti nasihat seperti di atas (terutama sekolah yang ramai pelajar bukan-melayu/bumiputera). Malangnya majoriti anak murid sifu sendiri tak dapat ikut nasihat di atas atas alasan kewangan. So, sifu tak taulah nak buat macamana lagi. Walaupun ada yang dapat biasiswa, tapi tak nak beli buku yang sepatutnya dibeli. Last-last salah cikgu juga kalau pelajar gagal.

  20. 22
    sim91 Says:

    hai,sifu…sy nk tanya satu soalan ringkas yg mengelirukan sy,sy x tahu apa ia nak?Soalan adalah di bawah berikut:

    a)Terangkan senarai konsep sumber ekonomi terhad berbanding dgn kehendak manusia yg tidak terhad.(6m)

    harap sifu blh memberi bantuan….

  21. 23
    sifu2b Says:

    Sim91,
    Hmm, tak pernah jumpa soalan seperti ini. Tetapi mungkin ia merujuk kepada penerangan berkaitan sekurang-kurangnya tiga faktor pengeluaran seperti Tanah, modal dan buruh.
    Soalan ni dapat dari mana?

  22. 24
    sim91 Says:

    terima kasih sifu…sy rasa sy blh fahami soalan ni
    soalan ni adalah kerja rumah sekolah sy tentang bab1

  23. 25
    mida Says:

    saya memerlukan bantuan sifu.saya private stpm thn ni..saya ambil perakaunan,tp tak tahu format exam.sifu tolong saya..

    • 26
      sifu2b Says:

      Mida,
      Google dan taip dalam carian anda kata carian di bawah

      site:scribd.com “stpm akaun”

      Gerenti dapat soalan stpm perakaunan kertas 1 dan kertas 2 untuk anda download. Sekaligus anda nampak format STPM.

  24. 27
    farah Says:

    salam…
    sifu, ramalan utk 2009 ada tak sifu buat utk thn ni?
    sy takut la thn ni sy repeat stpm…
    harap2 lebih elok..

  25. 28
    sifu2b Says:

    Farah,
    Belum ada ramalan.
    Tak pelah repeat kerana terus berusaha, jangan sempit kerana malas berusaha.

  26. 29
    farah Says:

    hah? ape yg sifu cakap 2? x brape nk fhm la sy..hehe..

  27. 30
    sim91 Says:

    cikgu suruh kami buat point form dlm bahagian esei pendek,bolehkan cara ni diterima oleh pemeriksa?

    • 31
      sifu2b Says:

      Sim91,
      tak bolehlah tu. Markah tidak diberi kepada jawapan dalam point form. Itu apa pesan oleh individu yang terlibat dalam pemeriksaan kertas Mikro dan Makro. Takkan tak nak ikut.
      Lagipun, adakah patut pelajar PRA-U jawap point form?

  28. 32
    ling Says:

    adakah esei ringkas perlu ditulis dalam perenggan atau pointform?


RSS Feed for this entry

Leave a Comment