Contoh Soalan Esei Panjang dan komen guru.
Bahagian 1 – Soalan dari Pop Kuiz 1 ( Julai 2008 )
Sifu Mikroekonomi STPM
Contoh Soalan Esei Panjang dan komen guru.
Bahagian 1 – Soalan dari Pop Kuiz 1 ( Julai 2008 )
| lukmanhakim on Makluman Kemasukan Ke Tingkata… | |
| zila on Bab 4 : Teori Permintaan Dan P… | |
| vincent on Makluman Kemasukan Ke Tingkata… | |
| sifujuga on Tips Menjawab Mikroekonomi… | |
| sifu2b on Makluman Kemasukan Ke Tingkata… |
Blog at WordPress.com. Theme: Vermilion.
[...] on July 15, 2008 Sifu dah kemas kini kategori di atas dengan panduan dan komen sifu berkaitan esei panjang. Harap [...]
Cikgu,saya belajar dalam tingkatan 6 rendah .saya terpilih mengambil opsyen ekonomi…saya takut untuk mengambil ekonomi kerana saya takut gagal….tahun lepas saya juga ambil subjek tersebut tetapi saya hanya mendapat 6C dalam SPM.keluarga saya juga tidak galakkan saya utk ambil subjek tersebut kerana subjek itu susah……tolonglah saya
tips menjawab mikro stpm…kertas1&2 serta contoh soalan kertas 1&2
Shirely,
Sori belum ada tips.
Norfadliana,
Sukar nak tolong awak jika awak sendiri tidak yakin kepada diri sendiri untuk belajar subjek tersebut. Sudah digembar-gemburkan bahawa subjek ekonomi STPM adalah subjek killer (selepas subjek sains tulen dan matematik) dan ada ramai pelajar yang hampa dengan keputusan STPM. Tetapi setahu sifu masih ramai lagi pelajar yang tak pernah belajar Ekonomi Asas SPM berjaya mendapat A dalam Ekonomi STPM menerusi usaha berterusan mereka.
Jika keluarga tak setuju, maka siapalah sifu nak menafikan pendapat mereka. Tetapi jika awak terpaksa juga ambil, maka nasihat pertama sifu ialah motivasikan diri awak untuk menafikan kegagalan dari peringkat awal lagi. Katakan awak boleh dan mesti boleh. Berusaha untuk mencapai KUALITI JAWAPAN ESEI dan bukannya seperti jawapan awak semasa belajar SPM. Sifu pernah dimaklumkan penggubal dan pemeriksa kertas ekonomi (dan perakaunan) STPM terdiri dari kalangan pensyarah IPTA berbanding subjek lain yang majoritinya disemak oleh pemeriksa dilantik dari kalangan guru berpengalaman. Dalam tahun 2003 contohnya, kami guru perakaunan dan ekonomi STPM diberi kursus penyediaan dan penyemakan kertas STPM yang disampaikan oleh penggubal dan pemeriksa kertas yang terdiri daripada prof. madya dan pensyarah ekonomi dan perakaunan! Menakutkan!
kedua-dua subjek tersebut mestilah dijaga kualiti mereka kerana ia menjadi syarat khas pemohon lepasan STPM untuk mengikuti bidang profesional perakaunan di IPTA. Jika tak percaya, cuba rujuk syarat khas kemasukan ijazah perakaunan di UM ataupun UUM, UTM, UPM dan beberapa nama besar IPTA. You’ll be surprise.
Oleh itu, jika Ekonomi dikatakan susah, ia ada kaitan dengan kewajaran dan kaedah penyemakan kertas jawapan yang mesti mengikut skema sebenar STPM. Tidak seperti subjek lain, yang kalau jawapan hampir tepat pun boleh diterima, sebaliknya ekonomi tak boleh diberi markah sembarangan.
Contoh mudah-dalam jawapan esei, mesti ditutup dengan kesimpulan, tetapi ramai pelajar ekonomi yang tidak menyediakan jawapan dengan kesimpulan yang tepat atau sesuai. Ini menyebabkan mereka sukar mendapat markah penuh. Juga ada pelajar yang tidak berjaya melukis gambar rajah yang sesuai dengan soalan dan tidak berjaya menulis penerangan berdasarkan rajah yang mereka lukis. Ini juga memungkinkan pelajar kehilangan markah. Bukan kerana pelajar tak pandai, tetapi kerana pelajar gagal menepati kehendak soalan.
Jika awak ada matlamat utama yang menghendaki awak mengambil subjek ekonomi STPM, maka usahakan supaya ia mencapai prestasi B+ ke atas kerana ia akan bernilai tinggi. Jika awak hanya terpaksa ambil dan awak berat hati nak pelajarinya, maka awak ada pilihan untuk terus belajar dan sasarkan C sahaja atau jangan ambil sama sekali. It is your choice. Apa-apapun, ekonomi seumpama intan, sukar dicari. Jika awak memilikinya (dan cemerlang) maka anda amat bertuah dan amat bernilai. Fikir-fikirkan.
sifu….thanx a lot 4 giving such a motivn although its 4 sm1 else..but i do really apprecte those words…in spm i dont even know what is eco, n when i took it 4 f6 this year, i was pretty scared at 1st..but when reading those mtivatn words u gave…it makes me less tense bout eco..n i hope that i can make it all the way to the end with flying colours on stpm..fighting!!
hi, saya belajar kat st thomas kuching tingkatan enam rendah..skrg sya belajar dalam aliran sastera selepas pindah dari jurusan sains. Sya ada masalah skg sya ambik sejarah…dan skg sya nak tukar subjek…sya nak ambil ekonomi…sya rasa sya mampu belajar subjek ini walaupun ada guru sya yg kata sejarah senang…tapi sya dengar byk senior sya kata ekonomi senang skor…apa pandangan cikgu…adakah masih sempat sya untuk tukar subjek?
Stephanie,
Tertakluk kepada budi bicara pihak pentadbiran sekolah sendiri. Jika benar anda nak ambil subjek Ekonomi, maka maklumkan kepada sekolah dan berbincang dengan mereka.
Soal benarkah senang dapat markah itu tertakluk juga kepada kualiti jawapan pelajar. Ada yang kata susah, ada yang kata okaylah, ada yang kata senang dapat markah. Jika anda mampu menzahirkan penulisan jawapan yang bernilai tinggi, maka senanglah dapat markah.
tapi bagi kebanyakan pelajar yang tidak suka membaca, kurang ulang kaji, tidak buat latihan, maka mereka akan menyebarkan dakyah baahwa ekonomi susah. Dalam kes awak, tahniahlah kerana senior awak kata senang dapat markah, yang bererti mereka ini dari jenis yang suka belajar, senang memahami topik dipelajari, suka buat keluk dan mengetahui tahap penguasaan yang perlu untuk pelajar Ekonomi.
dalam hal sedemikian, sifu amat bersetuju bahawa markah senang diperoleh dari Ekonomi.
cikgu,
sya da masalah dalam ekonomi ni…
cikgu sya sakit n terlantar kat hospital dah bbrapa bulan lepas..
n sya macam dah lama tinggal kan buku eko..
lama x study btul2…
n masalah skarang,,sya bkal ambil stpm tahun ni..
n sya taw dah x lama dah…
tp skarang bila bka buku eko…
rasa x paham…
ada ckgu yg gnti…
tp cra pengajaran x sama…
n sya dah buntu skarang…
cm na nak buat…
mintak jasa baik cgu balas dekat email saya…
thanks…
Dayah,
Jika ada kesempatan sampaikan salam saya kepada guru dayah yang sedang sakit dan sampaikan juga simpati sifu.
Hmm, nampaknya Dayah dalam dilema sekarang, bagaimana nak memastikan kejayaan dalam STPM.
Nampaknya dalam waktu yang amat terhad ini, sifu sarankan agar awak fokus keapda bab terpenting iaitu bab permintaan dan penawaran, bab teori pengeluaran dan bab teori pasaran. Berikan keutamaan keapda latihan esei pendek dan esei panjang. Tak lupa juga mahirkan diri dalam soalan kuantitatif bagi bab-bab tersebut. Ini kerana ia ’seolah-olah’ bab wajib disoal, maka ia selamat untuk diberi penumpuan lebih berbanding bab lain.
Oleh kerana STPM memberi gred keseluruhan bagi K1 dan K2, maka strategi seterusnya ialah menguasai MAKRO, kerana kaedah pemberian markah MAKRO agak ‘lembut’ dan lebih mudah memperoleh markah berbanding kertas MIKRO yang mana menghendaki calon menyatakan dan menggunakan TEORI dengan TEPAT. Oleh itu dikatakan kaedah pentaksiran agak ‘TEGAS/KETAT/KERAS’. Tetapi ia sepatutnya begitu kerana teori ekonomi tidak berubah-ubah (setakat silibus STPM).
Banyakkan latihan menjawab soalan. Ingat ini – 1m utk 1 isi dan 1m utk 1 huraian.
apakah topic yang perlu menumpkan lebih perhatian untuk mikra…exam tinggal satu bulan lebih sahaja….
guru sekolah tidak pernah mengajar teknik menjawab untuk bahagian B&C untuk kedua-dua kertas ekonomi…saya tidak dapat mengetahui kehendak soalan dan ini menyukarkan saya menjawab soalan…dan mendapat markah yang rendah untuk kedua-dua kertas…apa yang saya perlu buat untuk bulan terakhir ini….saya cuba untuk belajar teori…tetapi apabila saya tidak tahu apa yang dikehendaki dalam exam sebenar…saya tidak dapat berfokus samasa belajar….tidak ada hala tuju…rasa sangat tertekan kerana seakan-akan semua benda perlu dihafal…masalahnya saya bukan ambil ekonomi sahaja,saya perlu membuat ulangkaji untuk tiga subjek lagi….apakah strategik yang saya perlu buat…
sorry…tadi saya ingin tanya apakah topic yang perlu menumpukan lebih perhatian untuk kertas mikro dan makro
saya ingat bertanya, ble tak sifu tolong berikan tips berkaitan subjek makroekonomi.