Pop Kuiz 1
Minggu lepas sifu menjalankan strategi panitia iaitu membimbing pelajar bagaimana menyediakan jawapan esei pendek dan panjang. Untuk memastikan sifu mengetahui sama ada usaha itu dapat digunakan oleh pelajar 6 bawah, sifu mengadakan ujian pendek dipanggil Pop-Kuiz no.1.
Berikut adalah soalan yang sifu sediakan untuk 40 minit. Actually tempoh diberi panjang jika diambil kira faktor 1 markah x 1.5 minit.
Soalan 1
(a) Nyatakan sistem ekonomi yang diamalkan di dunia (2m)
(b) Terangkan ciri-ciri sistem ekonomi pasaran bebas (8m)
Soalan 2
Dengan menggunakan rajah yang sesuai, terangkan bagaimana sebuah masyarakat ekonomi dapat mengatasi masalah pengeluaran 2 jenis barang (10m)
Dari latihan (exercise) itu sifu dapat simpulkan beberapa kelemahan utama pelajar sifu kelas 6 bawah 2008 :
1. Penggunaan bahasa penulisan yang tidak baik. Sukar untuk sifu, sebagai pemeriksa, memahami secara langsung isi yang cuba disampaikan oleh sesetengah pelajar.
contoh, Sistem ekonomi ini mempunyai matlamat memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos, manakala pengguna pula sebagai ‘raja’, bebas membuat keputusan apa yang diminta dan swasta akan mengeluarkan apa yang diminta.
Dilema memeriksa: Adakah pemeriksa akan menerima jawapan itu dan memberi 2 markah atau menolak jawapan tersebut kerana kesilapan konsep, 0m, atau memberi 1m sahaja kerana ada kata kunci yang ditulis oleh pelajar seperti pengguna adalah raja dan bebas buat keputusan. Bagi sifu, jawapan ini tidak sepatutnya diberi markah kerana walaupun seperti betul, tetapi tidak tepat. Sistem ekonomi tidak mempunyai matlamat, sebaliknya firma di dalam ekonomi itu yang mempunyai matlamat untuk memaksimumkan keuntungan. Pengguna adalah raja- okay tetapi kenapa tiada penerangan lanjut. Kemudian siapa yang buat keputusan? Penggunaan koma menunjukkan ia dikaitkan dgn pengguna tetapi konteks ayat itu tidak diperjelaskan dengan teliti. Untuk itu, sifu beri 0M (zero marks).
2. kesalahan konsep.
3. Sesetengah pelajar tidak mengulangkaji topik-topik yang telah pernah dibincangkan – ini menyebabkan mereka gagal.
4. tidak dapat menggunakan perkaitan KKP dengan masalah ekonomi:kurangan, pilihan dan kos lepas.
5. Ada pelajar yang mengaku belum memiliki buku rujukan. yang ini sifu hanya boleh “geleng kepala” (baca:mengomel sekejap). Tak adillah jika subjek PAM, Sejarah, Geografi dah ada buku rujukan tetapi Ekonomi tak nak beli pula!
Dilema guru : Sifu hanya mampu bergurau-dan-kecewa-dan-geram dgn mereka ala-ekonomi, inilah masalah ekonomi yang sedang dihadapi, masalah kurangan. Tetapi mereka mesti buat pilihan, jika nak memuaskan kepuasan ilmu, mereka juga mesti memilih sama ada mesti beli buku rujukan ekonomi yang murah tu (Fajar Oxford – warna merah), atau terpaksa beli buku subjek lain dan drop sahaja ekonomi. Kos lepas mereka? Cari sendiri!!! Mereka senyum je… Sifu pun senyum je…
Ringkasnya,
Jika pelajar yang mengambil subjek Ekonomi ingin mendapatkan gred tertinggi, langkah awal perlu diusahakan sejak 6 bawah lagi. Penulisan esei SPM sama sekali tidak sama dengan STPM. Kaedah pemberian markah ekonomi asas tak boleh dipakai dalam ekonomi STPM. Jika anda pernah mengambil ekonomi asas dan memperoleh gred A, tak semestinya gaya esei yang sama akan memberikan anda gred A. Jika pelajar tidak pernah mengambil subjek ekonomi asas, maka hendaklah mereka berusaha memahami konsep-konsep ekonomi dengan secepat mungkin. Bantuan awal sudah tentu dengan memiliki buku rujukan sendiri. Selepas itu, selalu merujuk kepada guru, dan akhir sekali perbaiki cara penulisan dengan mengambil kira gaya penulisan bahasa melayu yang betul.
APA-APAPUN, IANYA HANYALAH PANDANGAN SIFU SEBAGAI GURU MIKROEKONOMI. SIFU BUKANLAH PEMERIKSA MPM, SO JIKA ADA KESILAPAN DARI SEGI KOMEN INI, HARAP MAAF.
sifu..if i answer this way..
salah satu drpd ciri2 pasaran bebas adalah x campur tgn kerajaan dlm ekon then i give huraian.. after that pemilikan persendirian n my huraian.. mekanisme harga n huraian n lastly wujud persaingan..is that ok???
Ryan,
First, sorry, I miss this comment.
Okay, tentang topik dalam bab pengenalan ekonomi, jawapan anda kira okay. tambahan lagi soalan sebegini hanya disoal dalam Bahagian B yang memberi hanya 6 markah setiap satu soalan.
Soalan Popkuiz sifu di atas itu sekadar memberi pendedahan kepada pelajar teknik dan keperluan jawapan esei yang sesuai. Oleh itu sebagai imbalannya sifu besarkan markah kepada 10 markah, walhal ia hanya akan diberi 6 markah.
Oleh itu jika ryan jawab sebegitu, pastikah huraian anda memadai untuk nilai 2 markah juga.
Good luck.
do i need to put introduction??? or i just straight to the point???
Ryan,
Depends on the question. However you not necessarily need to start your answer with introduction all the time.
Say you want to answer this Q, “Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan basikal? [6m]
You don’t have to define what basikal is and what permintaan is all about. NO need for introduction.
First follow this rules, 6m indicates 3 factors. 1/2 marks for WHAT, and 1 1/2 marks for EXPLAIN/explanation.
This is my A for the Q above.
Antara faktor yang boleh mempengaruhi permintaan basikal ialah:
1. Cita rasa pengguna (1/2m)
Jika pengguna mula mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan riadah sambil bersukaria dan basikal adalah kaedah riadah yang menyeronokkan, maka permintaan terhadap basikal akan meningkat secara umumnya. Sebaliknya jika pengguna melihat bahawa basikal hanyalah sejenis pengangkutan yang tidak berfaedah maka permintaan terhadap basikal tidak berubah atau berkurangan. (1 1/2 m)
2. harga basikal itu sendiri. (1/2m)
Jika pengguna mendapati bahawa harga basikal dipasaran adalah murah, maka lebih banyak permintaan berlaku, sebaliknya jika pengguna mendapati bahawa harga basikal itu lebih mahal dari sebelumnya, maka permintaan terhadap basikal akan menurun. (1 1/2m)
3. Jangkaan harga (1/2m)
Jika pengguna yang ingin memiliki basikal menjangkakan harga basikal akan naik dalam tempoh akan datang, maka permintaan terhadap basikal masa kini akan meningkat dengan banyaknya, sebaliknya jika pengguna menjangkakan harga basikal akan turun lebih rendah dari masa kini, maka pengguna akan menunda meminta basikal pada masa kini. kesannya ialah permintaan basikal pada masa kini akan menurun dengan banyaknya. (1 1/2m)
See my point? Jika soalan menanyakan secara khusus jenis barang itu, pastikan anda ulangi nama barang itu dalam jawapan anda. dalam soalan di atas ia berkaitan dengan barang basikal, maka sifu MESTI pastikan sifu turut menyebut perkataan BASIKAL dalam setiap jawapan. Ia membantu meningkatkan kualiti jawapan. Selain dari itu, pastikan jawapan mesti ada dua keadaan, DD naik dan sebaliknya DD turun mengikut situasi faktor yang dipilih.
harap tips ringkas ini membantu Ryan dan lain-lainnya.
lol.. i do that way too..just finish my trials n cant wait for my results but few careless mistake that will cost me a lot..
Salam, sifu,
i’m so glad at last i’ve someone to turn to. I’m the only econ teacher in my school n start from last yr since PTD tkover in jabatan, we, form6 teachers dont hv any meetg whc 4 me is very importn so that we can discuss many issues among us. Not all of us marking papers, here, meetg is what a really need 2 share many thgs w them.
Abt ur example above, is it correct to state ‘harga basikal itu sendiri’ as one of the factr yang mengubah permintaan? Bukankah ini faktor yang mengubah kuantiti diminta dan bukannya permintaan?
The question is an open question. Meaning both faktor harga sendiri dan faktor lain diterima. Or maybe I make mistake?
Sifu, I think you make a mistake in your answer, as told by nurul, harga brg itu sendiri is for perubahan kuantiti diminta, not perubahan permintaan.
Lastly, I have someway to update my self before teach my student.
Thanks sifu.
By the way, do you know anywebsite discuss about Makro?
Le,
If you read the question again, it is a simple question, really. soalan itu tidak spesifik kepada faktor penyebab PERUBAHAN PERMINTAAN atau permintaan berubah. Ia tidak lebih dari soalan ‘direct-question’ berkenaan faktor-faktor mempengaruhi permintaan. Sifu cuma tambah perkataan BASIKAL, untuk memberi had perbincangan kepada barang spesifik.
Further reference/reading – http://www.e-dukasi.net/mol/mo_full.php?moid=2&fname=eko103_06.htm
makro? I stumble upon this address, makroekonomistpm.blogspot.com. Check it out.